GAMBAR-GAMBAR BERSIH 3.0 TERKINI!!!!

DIKEMASKINI...

HANYA YANG TERBAIK


BERSIH 3.0 28 APRIL 2012















11.15am Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.41am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.






TERKINI 10.15 PAGI KUALA LUMPUR - Ibu negara menyambut pagi Sabtu dengan tenang meskipun Dataran Merdeka, yang menjadi tumpuan ekoran rancangan perhimpunan Bersih 3.0 yang hendak diadakan petang ini, dikawal ketat oleh polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati sekitar 1,000 anggota polis ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka.

Sejumlah orang ramai, yang dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu turut kelihatan berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.

Sementara Dataran Merdeka dan ibu negara pada amnya menjadi tumpuan, 'perang' berbalas mesej menerusi laman-laman sosial termasuk Twitter juga menjadi fokus sejak malam tadi. Pemimpin-pemimpin politik dari segenap lapisan masyarakat menghantar mesej Twitter untuk memberi gambaran mengenai keadaan semasa di ibu negara.








Akan Dikemaskini lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....