Perbincangan dan kupasan demi kupasan dirungkaikan oleh pelbagai pihak dari dulu hingga sekarang mengenai politik belia. Namun begitu, sehingga sekarang tidak ada satu pihak pun yang boleh mendabik dada mengatakan pihak merekalah yang telah memenangi hati orang muda ini.
Terbaru, sebuah portal yang mengetengahkan suara anak muda (sepertimana yang diwar-warkan) iaitu Suara Generasi Baru pula mengambil inisiatif untuk menyatakan kaitan anak muda dengan politik. Di sini dipetik serba sedikit posting tersebut :
Pada hari ini kita boleh melihat bagaimana generasi muda negara ini menganggap mengundi adalah tidak penting dan tidak dijadikan sebagai keutamaan dalam hidup mereka. Tahap kepedulian golongan belia terhadap politik adalah pada kadar yang rendah dan fakta tersebut disokong oleh laporan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Laporan tersebut menyatakan bahawa 4.39 juta atau 28 peratus rakyat negara ini yang berkelayakan untuk mendaftaf sebagai pengundi tetapi masih belum berbuat demikian dan majoritinya adalah terdiri dari golongan muda.
Adakah anda salah seorang daripada mereka? Namun penulis berpendapat bahawa golongan belia terutamanya generasi muda, walaupun telah berdaftar dan membuang undi dalam setiap pilihanraya, itu tidak bermakna meraka benar-benar memahami dan mengambil berat tentang politik serta isu-isu yang ada dalam dunua politik.
Ini sebenarnya dapat dilihat dalam penglibatan golongan belia dalam persatuan-persatuan belia yang amat rendah. Statistik menunjukkan bahawa hanya 2.9 peratus golongan belia yang menyertai dan bergiat aktif di dalam persatuan belia atau badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Baca lagi di Suara Generasi Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....