ALL ENGLAND 2012 : LIN DAN MENANG, LEE CHONG WEI PASRAH


Drama yang selalunya dilakonkan oleh Lin Dan dengan menarik diri apabila percaturan tidak menguntungkan beliau tidak berulang. Namun, kali ini, Dato' Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan bahu yang dialaminya ketika di separuh akhir.

Saingan di set pertama berlangsung seperti yang dijangkakan di mana masing-masing menampilkan skil bermutu tinggi. Dan aksi kejar mengejar mata akhirnya dimenangi oleh Lin Dan dengan 21-19.

Kebangkitan Dato Lee Chong Wei pada set kedua yang diharap-harapkan oleh peminat yang memenuhi stadium ternyata tidak kesampaian. Setelah beberapa kali menerima "pain killer", akhirnya Chong Wei terpaksa menyerah dan menarik diri ketika kedudukan Lin Dan mendahului dengan 6-2.

Lin Dan yang terkenal dengan sikap baran dan suka memprotes ternyata tidak selesa dengan penarikan diri Chong Wei. Namun, beliau akhirnya menerima kemenangan itu dengan bersalam dan bertukar baju dengan Chong Wei, aksi sporting yang tidak mungkin kita saksikan lagi selepas ini.

Diharap kecederaan yang dialami Chong Wei tidak terlalu serius dan dapat beraksi di Sukan Olimpik nanti...sama-sama kita doakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....