Bantuan RM 5 Ribu Untuk Usahawan Muda

LUMUT — Kerajaan negeri Perak menerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) akan bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU) Pemuda UMNO serta Persatuan Francais Malaysia (MFA) bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda di negeri ini.
 
 

Gambar Hiasan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, bagi tujuan itu YBU menerusi program Belia Niaga Aman Jaya bersedia memperuntukkan pinjaman RM5,000 sebagai modal permulaan kepada belia yang berminat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung dekat sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh BePU Pemuda Umno dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia; Persatuan Pedagang-pedagang Melayu Malaysia (Perdasama) Muda Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK); serta Persatuan Francais Malaysia (MFA). — BERNAMA


 

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....