BELIA ANTI JENAYAH

KUALA LUMPUR – Penglibatan golongan belia dalam Program Belia Anti Jenayah dapat mendidik golongan berkenaan langkah pencegahan jenayah sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah.

Peserta program berkenaan, Muhammad Saufian Abd. Aziz, 21, berkata, pelbagai pengalaman baru diperoleh menerusi program tersebut yang tidak mungkin dapat dirasai belia lain. “Menerusi program ini, kami diajar pelbagai perkara baru. Kami diajar kawat kombat, senaman perang dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak dapat dipelajari di luar sana,” katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.


Program Belia Anti Jenayah merupakan kerjasama kukuh antara Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah secara bersepadu. Seorang lagi peserta, Mohd. Safwan Sabtu, 21, mengakui gembira sepanjang menjalani program berkenaan. “Selain pelbagai pengalaman baru dan meningkatkan disiplin diri, kami juga diberikan pendedahan mengenai kaedah-kaedah mencegah berlakunya jenayah,” jelasnya.

Nurul Afiqah Noryang, 20, pula menyifatkan program berkenaan sebagai wajar disertai golongan belia. “Tidak rugi sertai program ini. Banyak perkara baru dapat dipelajari selain membantu dalam membina jati diri kita sebagai warga Malaysia,” ujarnya. Sementara itu, Nur Shahirah Mohd. Sharif, 20, berkata, penyertaan dalam program berkenaan memberi peluang kepadanya mempelajari seni mempertahankan diri. “Saya tidak pernah mempelajari seni mempertahankan diri. Saya rasa bertuah kerana menerusi program ini, saya telah diajar bagaimana untuk mempertahankan diri sekiranya terlibat dengan perkara tidak diduga,” katanya.

Sumber-Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....