KUALA LUMPUR 8 Jan. - SELEPAS dihantui pelbagai isu mengenai persembahanya ketika menentang Lin Dan, hari ini jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa Lin Dan bukanlah halangan terbesar dalam kerjayanya.
Hasilnya, Lin Dan tersungkur di kaki Chong Wei pada aksi final Siri Super Terbuka Korea, sebentar tadi dengan catatan 12-21, 21-18, 21-14. Chong Wei pulang dengan hadiah lumayan AS$75,000 (RM235,875).
Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu selepas kali terakhir melakukannya All England, Mac lalu. - UTUSAN
BB: Semangat dan perjuangan kental sebeginilah yang atlet kita semua perlu contohi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....