SENARAI AHLI POLITIK POPULAR MALAYSIA : FACEBOOK
Apa! Tun Mahathir masih berpengaruh. Walaupun dah bersara dari menjadi Perdana Menteri, ternyata pengaruh dan populariti beliau masih besar dalam senario politik tanah air. Walau pelbagai tohmahan dan kutukan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, namun ternyata Tun M masih merupakan satu nama yang masih melekat dan bertapak di hati nurani rakyat.
Kepada DS Najib, tahniah dan syabas di atas transformasi politik yang dilaksanakan. Banyak perubahan ketara yang dilakukan sepanjang 4 tahun tapuk kepimpinan. Cuma, adakah transformasi ini disambut dan disokong sepenuhnya oleh saf-saf kepimpinan samada dalam BN mahupun dalam Umno itu sendiri. Bukan untuk menidakkan kerja-kerja pemimpin di kawasan masing-masing, namun realitinya lebih ramai YB yang sebenarnya menjaga periuk nasi daripada menjaga kawasan masing-masing.
Masalah yang paling ketara ialah terlalu ramai yang menjaga portfolio Menteri Luar Negeri yang hari ini disandang secara rasminya oleh Dato Anifah Aman. Setiap masa dipenuhi jadual padat "tugasan" luar negeri mahupun luar negara. Itu bagi YB yang tiada portfolio samada dalam exco negeri mahupun kabinet. Macam mana nak jumpa rakyat? Masa bila? Kalau dah pegang portfolio dalam kerajaan pulak, lagi susah. Hantar pegawai khas sahaja untuk "menjaga" kawasan. Nasib baik kalau dapat pegawai khas yang betul-betul memegang amanah. Kalau dapat pegawai khas yang memegang portfolio "timbalan menteri luar negara", lagi la susah.
Maka yang tinggal di kampung dan kawasan-kawasan YB adalah pejuang-pejuang lalang yang hanya menanti ketibaan bayu untuk menggerakkan mereka. Kadang-kadang, bayu yang dinanti tak kunjung tiba, yang datang pula ribut menggila.
Baru sekarang ini kita dapat melihat YB-YB ni di kawasan. Maklumlah, gendang dah sedia untuk dipalu pada bila-bila masa sahaja. Maka kelam kabutlah sekarang ni menampal atau menggantikan gendang-gendang yang rosak. Masa inilah surau-surau, Masjid dan majlis-majlis keramaian di kampung-kampung akan memenuhi jadual YB.
Model politik yang telah ditransformasikan oleh DS Najib perlu difahami dan dijiwai. Bukan untuk menumpang populariti. Selamat tinggal "senioriti", selamat datang "prestasi".
Salam.. Sepanjang pemerhatian saya, walaupun Tun Mahathir telah bersara, segala komen dan nasihat akan berbekas pada rakyat. Hakikatnya, semua rakyat pasti akan berterima kasih kepada beliau. Buktinya, malaysia gagah mengharungi kemelesetan ekonomi pada 97... Sedangkan negara maju dan besar seperti AS, Eropah dan juga singapura teruk menerima kesannya. Lihat indonesia yg masih menapak utk kukuhkan ekonomi negara..
BalasPadamKepada YB dan Menteri yg gagal, cermin diri.. Kepada org kanan dan kiri, ahli ahli majlis Majlis Perbandaran, berkhidmat oenuh keikhlasan.. Jgn mengharap imbuhan dari tender, sebutharga dan lain lain. Ini menjatuhkan maruah org melayu dan kerajaan.
Sekian