PR (PAKAT RABA) TERBELIAK TENGOK ROSMAH BERBELANJA




Macam-macam perangai betul orang pembangkang dan portal berita belaannya. Puncanya tak puas hati 2 perkara - kes Anwar dipohon untuk rayuan ke peringkat lebih tinggi dan Karpal Singh diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan kerana menghina Sultan Perak pada 2009 (walaupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi).

Justeru, nama Datin Sri Rosmah sekali lagi dijadikan bahan oleh MalaysiaKini (portal berita belaan pembangkang) kononnya berbelanja mewah di Australia baru-baru ini. Akalnya, untuk mencuit Datuk Seri Najib, kononnya Najib macam suami lain yang akan melatah bila maruah isterinya dipersendakan.

Ini bukan kali pertama membabitkan modus operandi sama – paper Australia, Rosmah shopping sakan. Ia pernah berlaku dulu semasa mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) berlangsung Australia dimana Datin Sri dituduh berbelanja sekian ratus ribu ringgit bersama anak perempuannya oleh sebuah akhbar Australia.

Akhirnya terbukti pun perkara itu tidak benar bila akhbar itu sendiri meminta maaf kepada Najib dan isteri.

Tapi ada ke sekelumit permohonan maaf oleh puak-puak ini kepada Najib dan isteri? Haram takde, tapi dalam masa yang sama mereka juga orang yang menjaja kesana sini sebagai lebih islamik dari orang lain.

Percayalah, penulis tahu Najib bukan orang begitu. Jangan tanya macam mana penulis tahu tapi percayalah penulis tiada ada sebab untuk berbohong mengenai perwatakan Najib dan isteri. Mereka adalah orang baik-baik yang tidak mudah melatah dengan tohmahan sedemikian.

Malah kalau tak keterlaluan penulis katakan Rosmah sendiri sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkannya. Najib pula ada tahap kesabaran yang terlalu tinggi sehinggakan peliwat macam Anwar yang punya kulit biawak pun tidak terlawan dengan kesabaran Najib.

Pernah satu ketika Anwar hilang sabar bila diaju soalan bertalu-talu dalam soal skandal video seksnya dengan pelacur China. Najib? Bila yang kita ada lihat beliau hilang sabar bila isterinya difitnah pembangkang?

Macam-macam perkara buruk Anwar pernah labelkan pada Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Dari pengkhalwat, penzina dan pembunuh, apa sahaja yang Anwar tak pernah label kepada kedua orang yang baik-baik ini.

Pada balaci, Anwar mungkin kelihatan baik kerana pelihara isteri dan anaknya bertudung tapi kalau harap bertudung saja sedangkan mulut lancar mengata dan menipu orang buat apa? Contoh jam Omega. Sehingga kini masih tidak ditunjukkan walaupun dakwanya ada dalam simpanan di rumah dan sidang akhbar yang mengatakan jam tersebut ada dalam simpanan pun diadakan di rumah itu sendiri!!

Rosmah mungkin dapat dosa tak bertudung tapi Anwar, isteri dan anaknya dapat dosa berbohong dan memfitnah orang, itu lagi haru.

Penulis percaya, dakwaan terbaru ini satu lagi fitnah pembangkang yang membayar akhbar Australia untuk menyiarkan berita tersebut. Tak payah tanya bukti, macamlah akhbar Australia itu ada kemukakan bukti pun untuk menuduh Rosmah.

Hanya kerana waktu ini musim cuti perayaan, pembangkang boleh main habis-habisan sementara menunggu penjelasan rasmi dari pejabat Perdana Menteri. Tapi percayalah, selepas jawapan disediakan semua mulut yang rancak mengata ini akan sekali lagi terdiam – sekali lagi.

Sumber : MYKMU

BB : Begitulah, fitnah yang dulu pun tak minta maaf bila paper Australia ni kata berlaku kesilapan berita, ini diterbitkan lagi berita yang entah betul atau tidak. Kalau dikaji-kaji, macam bersiri pulak, lepas satu, satu berita keluar. Pastu, masuk dalam blog fanatik Anwar, pastu kompang kuat-kuat.

Gila betul. Berapa banyak la duit dan akaun bank yang dia ni ada ha??? Nengok muka dan body dia ni boleh tahan...hi...hi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....