PERALATAN SUKAN UNTUK BELIA SABAK BERNAM

Dipetik dari portal KBS :


SABAK BERNAM, 30 Oktober 2011 : Kira-kira 30 persatuan belia yang terpilih dari daerah Sabak Bernam hari ini gembira menerima sumbangan peralatan sukan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

            Sumbangan disampaikan pada majlis pelancaran Karnival Mesra Belia 1 Malaysia Sabak Bernam. Turut sama ialah Ahli Parlimen Sabak Bernam, . Datuk Abd Rahman Bakri dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’  Mohid Mohamed.

            Selepas itu, Dato’ Sri Ahmad Shabery  mengambil kesempatan melawat ke tapak pameran dan menyerahkan sijil penghargaan kepada agensi yang terlibat dalam pameran.   Karnival Mesra Belia 2011 anjuran Kementerian Belia dan Sukan ( KBS )  diadakan selama dua hari bermula 29  Oktober  menerima sambutan menggalakkan dari penduduk Sabak Bernam.

            Pelbagai pengisian aktiviti diadakan bermula jam 7 pagi hingga 12 malam bertempat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru. Di antara aktiviti dijalankan seperti  autoshow, paintball, indoor games, gubahan dan banyak lagi. Pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang diadakan  menarik pengunjung datang ke tapak ini bagi mendapatkan maklmuat dan menimba pengetahuan baharu.. Karnival seperti ini sememangnya amat bermanfaat terutama kepada penduduk setempat.

            Dalam pada itu,  Menteri Belia dan Sukan juga  sempat meluangkan masa bersama penduduk setempat dan belia-belia menyaksikan konsert yang melibatkan artis-artis terkenal seperti Kumpulan XPDC, Jay Jay, Azlan and The Typewriter dan lain-lain.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....