Bajet 2012: HARAPAN PENJAWAT AWAM

Boleh katakan setiap hari heboh menceritakan perihal bajet 2012 khususnya kakitangan kerajaan. Isu kenaikan gaji begitu cepat meniti di bibir mereka tambahan pula Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPECS) dalam sidang akhbarnya sebelum ini memohon kepada PM Dato’ Seri Najib  Razak mempertimbangkan agar kakitangan awam di seluruh negara diberikan dua bulan bonus, kenaikan gaji dan memperbaiki Sistem Saraan Malaysia (SSM) sedia ada untuk meningkatkan produktiviti kakitangan Kerajaan. Dua isu utama ini sememangnya terhangat di ‘pasaran’ ketika ini sehingga di kedai-kedai kopi seluruh negara tidak pernah lekang dengan topik berkenaan.

Isu kenaikan gaji pokok RM1500 bagi kakitangan kerajaan pangkat rendah sedikit menggembirakan bagi mereka yang selama ini menanti-nantikan untuk perkara tersebut menjadi realiti. Persoalannya adakah dengan kenaikan gaji pokok ini benar-benar merangsang kaki tangan kerajaan untuk menghasilkan produktiviti negara yang mencapai standard yang di harapkan. Sebelum ini Malaysia diiktiraf dunia antara 10 negara yang kekal berdaya saing dimana kita diletakkan di ranking kesembilan yang mana meletakkan Malaysia sebaris Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Sweden, Kanada, Taiwan dan Norway.

Bagi saya ini bukan lah isu sebenar bagi menjawab kepada persoalan kekal berdaya saing ataupun menyentuh berkenaan isu produktiviti kerana sememangnya kakitangan kerajaan telah membantu untuk buktikan kejayaan Malaysia di pentas dunia baik dari segi kualiti kerja mahupun peningkatan ekonomi secara amnya. Isu yang perlu di pandang serius adalah kewajaran kerajaan meningkatkan gaji pokok kakitangan kerajaan kepada RM1500 kerana kita perlu berada di landasan yang betul untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang tinggal hanya beberapa tahun lagi.

Untuk mecapai standard negara berpendapatan tinggi kayu ukur yang paling tepat adalah KDNK negara yang perlu kekal stabil 7 % setahun dimana menerusi KDNK tersebut masyarakat mampu untuk berpendatan sekurang-kurangnya  RM 40 ribu hingga RM 50 ribu setahun. Ini adalah ukuran standard bagi menilai sesebuah negara maju. Kenaikan gaji kakitangan kerajaan sekiranya di kaji dengan teliti sebelum ini menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah merekodkan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007. Dan kemungkinan untuk kenaikan bagi tahun 2012 adalah tinggi.

Isu kedua berkenaan memperbaiki system saraan Malaysia (SSM), saya kira kerajaan akan membuat sedikit perubahan dalam isu ini kerana Malaysia tiada standard khusus untuk diikuti atau diimplementasikan dimana sIstem saraan umur wajib kakitangan awam adalah 58. Berbanding dengan negara maju yang lain seperti jepun dan Amerika yang lebih realistik sistem saraan mereka yang bermula dari umur 60 hingga ke 65 tahun.

Ini dibuat bagi memastikan kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi melantik kakitangan baru dan dalam konteks pengalaman mereka bagi menguruskan kerja dengan baik. Disebalik kontranya pula kerajaan harus memikirkan kekosongan jawatan yang perlu anak muda tunggu bagi mendapatkan kerja kerana mereka perlu menunggu agak lama bagi kakitangan kerajaan untuk mencapai umur persaraan. Hal ini akan mendatangkan kesan sampingan seperti pengangguran dan sebagainya. Dari segi produktiviti kakitangan baru perlu direkrut berbanding mengekalkan kakitangan lama yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan kerana setiap jabatan kerajaan ada sasaran NKRA yang perlu di capai.

Akhir Sekali,isu Pokok yang dilontarkan diatas,hendaklah dipandang berat oleh Kerajaan bagi memastikan kakitangan awam di Negara in dapat berkerja dengan lebih baik sekali gus membantu Malaysia dalam mencapai hasrat Wawasan 2020 dalam keadaan yang seimbang dari semua bidang di dalam Negara ini…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....