Tidak mahu berselindung, bekas isteri Salih Yaacob, Nor Raha Hamad, 47, mengakui hatinya kini lebih tenang dan mendoakan hanya terbaik bagi kelangsungan hidup pada masa akan datang.
PUTRAJAYA - Ansuran bayaran bulanan pinjaman perumahan Rumah Bina Negara (BN) yang dibangunkan untuk belia luar bandar tidak akan melebihi RM250, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Pengaruh Mahathir semakin berkurang dalam arena politik Malaysia, “kata Shahnon Teoh dalam akhbar The Straits Times (Singapura). Shahnon berkata:
Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah merupakan satu tamparan hebat kepada usaha gigih yang diterajui oleh bapanya Mahathir Mohamad, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenapalah suami kepada artis ni tak pernah-pernah insaf dan serik? Memalukan je! Sikap biadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang juga merupakan suami kepada pelakon Umie Aida memang melampau apabila beliau menyumpah seranah adun-adun Kedah dan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tuduhan “bangang”.
Anda sukakan cabaran di lautan? Anda minat dunia pelayaran tetapi tak tahu bagaimana untuk mempelajarinya? Cubalah dengan program ini yang disediakan secara percuma buat anak muda yang terpilih! Tunggu apa lagi?
Ditengah-tengah kemelut politik yang melanda Kedah sejak dua minggu lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang semakin rakus menekan penduduk Melayu Pulau Pinang. Minggu lalu sahaja, dua buah tapak gerai perniagaan kecil-kecilan orang-orang Melayu di robohkan tanpa sebarang belas ihsan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Sebuah portal baru-baru ini melaporkan tindakan seorang gadis yang secara tiba-tiba menanggalkan bahagian atas bajunya ketika berada dalam sebuah bas awam.
Memetik laporan Shanghaiist.com, tindakan gadis yang tidak dinamakan itu dirakam dan disebarkan secara meluas menerusi aplikasi sosial terkenal, Weibo.