Nuffnang

Jelajah Anak Muda Ekspresi Keprihatinan Anak Muda


52



Terengganu - Program Jelajah Anak Malaysia (Transformasi Rakyat) telah diadakan di dua Parlimen iaitu Parlimen Kuala Terengganu dan Parlimen Kuala Nerus. 

Program ini telah dilaksanakan diseluruh Malaysia anjuran Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dengan kerjasama Gagasan Terengganu program ini telah menjelajah ke dua destinasi di Terengganu bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sepanjang dua hari satu malam. Tapak ekspo bagi Program ini telah diadakan di Pasar Raya Hock Kee Seng, Gong Badak (Kuala Nerus).

Pelbagai acara telah diadakan di Parlimen Kuala Terengganu bermula dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, diikuti program bersama semua warga tempatan iaitu Suara Rakyat, Program Kami Prihatin, Kuliah Rakyat (Imam Muda Asyraf), IM4U (gotong-royong), Rakyat Cergas dan Belia Prihatin. 

Pelbagai booth telah dibuka dari semua agensi dan jabatan termasuk seperti Jabatan Penerangan Terengganu, Jabatan Penyiaran Terengganu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Polis Diraja Malaysia. Manakala di Kuala Terengganu program tumpuan adalah Kuliah Rakyat di Masjid al-Taqwa Durian Burung, dan futsal (DS Sport Centre).

Program yang bermula di Putrajaya pada 30 Januari lalu, selepas Terengganu,Program Jelajah Anak Malaysia akan ke Pekan, Pahang (8 hingga 9 Februari); Sembrong, Johor (9 Februari),Hulu Langat, Selangor (12 hingga 13 Februari) dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur (13 hingga 14 Februari).

Menurut Dato’ Mohd Nasir merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, program ini memilih tempat di Parlimen Kuala Nerus adalah disebabkan Parlimen ini dipenuhi dengan mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Darul Iman. Program ini dapat mendekati belia secara langsung untuk berkongsi pengalaman kehidupan rakyat di Kampung dan juga memupuk semangat bantu membantu.

Acara kemasyarakatan ini adalah acara yang disokong penuh oleh Perdana Menteri Malaysia,Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dimana Tahun 2013 ini dikatakan Tahun Sukarelawan Negara 2013. Program ini jyga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang sesama manusia, persekitaran serta haiwan.



1



read more...

Shahrizat dan Rafidah Perang Besar???





Tatkala PRU 13  semakin hampir, semakin banyak bunyi pahat dan penukul kedengaran di sana sini.

Jelas kelihatan tiada yang mustahil dalam politik di Malaysia. Spekulasi perang besar melibatkan 2 Pemimpin Wanita UMNO iaitu Shahrizat dan Rafidah seperti yang dihebahkan tidaklah seperti yang berlaku realitinya. 






Kedua2 Pemimpin Wanita ini sebenarnya punyai 1 agenda yang lebih penting. Memperkukuhkan jenteran Wanita BN dalam menggandakan kemenangan PRU13. 






Perjuangan parti mengatasi dendam kesumat yang dibawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di dalam UMNO 1 ketika dahulu.

Pertemuan bersejarah ini sempat dirakamkan Laman Portal KLPOS pada Pelancaran Gelombang Biru Jentera Pilihan Raya di PWTC semalam.
read more...

Muallaf Mana Calon Suami Neelofa???



neelofa




Tup - tap tup tap inilah kenyataan ikhlas yang keluar dari artis wanita ini. Pelakon dan model Neelofa percaya jika dia ditakdirkan berkahwin dengan lelaki mualaf, individu itu mungkin menjadi Muslim yang lebih baik berbanding orang lain.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, istilah ‘lelaki soleh’ pada bakal suami seperti diharapkan ibunya adalah sesuatu yang subjektif.

“Lelaki soleh adalah subjektif pada saya. Kalau lelaki yang bukan Islam pun apabila sudah memeluk Islam dia mungkin menjadi Muslim yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Pengacara rancangan Nona dan MeleTop ini ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya ke-24 di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu yang disambut lebih awal kerana beliau mempunyai urusan di Singapura.

Hari jadi sebenar Neelofa ialah pada Ahad ini (10 Februari 2013)

Neelofa diminta mengulas kenyataan ibunya Noor Kartini Noor Mohammed yang berharap agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman.





Neelofa menerima suapan kek hari lahir daripada ibunya, Noor Kartini pada majlis itu.

Noor Kartini Noor mengatakan anaknya itu sesuai untuk berumah tangga dalam tempoh tiga tahun lagi dan pihaknya menerima sahaja siapa bakal suami termasuk jika dari kalangan bukan Islam yang sanggup menukar agamanya kepada Islam.

Bagaimanapun Neelofa yang pernah berlakon dalam filem Azura 2012 enggan memikirkan soal jodoh pada waktu ini tetapi memberikan keutamaan kepada kerjaya yang sedang berkembang.

“Saya mahu berjaya pada usia muda sebab itu saya perlu bekerja keras untuk menikmati kehidupan dan kewangan yang lebih baik pada masa depan.

“Kalau berkahwin nanti saya tidak mahu bergantung kepada duit bakal suami. Saya mahu beli apa sahaja dengan duit sendiri hasil kerja keras saya,” kongsinya.







Hans sanggup menunggu Neelofa jika wanita itu berhasrat untuk berkahwin dalam tempoh tiga tahun lagi.

Sementara itu, penerbit dan pelakon Hans Isaac, 42, yang dihubungi berkata, dia sanggup menunggu wanita itu sehingga tiga tahun untuk disunting jika mendapat restu keluarga.

“Saya perlu ada keserasian terlebih dahulu dengan Neelofa dan perlu mengenalinya lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

“Bagaimanapun, hubungan kami akrab dan kami saling berkongsi susah dan senang bersama. Dia antara rakan baik yang tahu segala rahsia saya,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Lawak Ke Der 2 pada 7 Mac depan.

- Suara Generasi Baru
read more...

Pembangunan Lembah Sireh Di Kelantan, Fakta Atau Auta Pembangkang???


KOTA BAHARU – “Banyak janji tapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini projek itu hendak dilanjutkan ke tahun 2020. Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,000 penerima di Sekolah Kebangsaan Chica Menyabung di sini, hari ini.
Umno Kelantan hari ini mempertikaikan keupayaan kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk menunaikan janjinya membangunkan kawasan Lembah Sireh di sini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sewajarnya rakyat Kelantan sudah merasai nikmat pembangunan di Lembah Sireh itu yang mula dilaksanakan sejak 2007.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa kerajaan negeri akan menyambung projek di Lembah Sireh itu sehingga 2020.
Pada Julai 2003, Kerajaan negeri telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh.
Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan terutama dalam bentuk pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.
Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah projek pembinaan masjid bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan projek tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan berikutan masih terlalu banyak yang dijanjikan gagal dilaksanakan.
Mustapa berkata ini menunjukkan kredibiliti kerajaan BN lebih berintegriti berbanding PAS biarpun telah diberi mandat memerintah Kelantan sejak 22 tahun lalu.
Beliau berkata jika benar projek pembangunan di situ baru mencapai lima peratus pelaksanaannya, ia membuktikan kelemahan ketara dan kegagalan kerajaan Kelantan.
“Yang menjadi mangsa adalah kita sebagai rakyat Kelantan yang terus hanyut dengan janji-janji manis mereka yang sebenarnya tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek yang dianggap besar ini.
“Mengikut maklumat (yang diterima), yang kenyang perut adalah pengarah-pengarah syarikat terbabit. Penipuan atas daratlah (penipuan secara terang-terangan) kepada rakyat Kelantan,” katanya. – MediaUMNO
read more...

Kini Pierre Andre Tunangan Gadis Johor


PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat bertunang dengan seorang gadis dari Johor, semalam.

Akhir tahun lalu, Pierre telah dikhabarkan akan bertunang bulan ini.

Pierre mengikat tali pertunangan dengan Nurhidayah yang bukan dalam kalangan orang seni.

Metrowealth International Group (MIG) milik penerbit terkenal, Mejar (K) David Teo, telah berkongsi gambar sekitar pertunangan anak dramatis terkenal, Khatijah Tan itu di laman sosial Facebook.

“Tahniah buat Pierre Andre telah melangsungkan pertunangan pada hari ini (semalam). Nurhidayah dari Johor berjaya mencuri hati Pierre. Semoga bahagia,” tulis Facebook MIG Online itu.

Sebelum ini, ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad dalam Anugerah Skrin lalu, Pierre telah memberi ucapan yang disifatkan sebagai ucapan terbaik yang pernah keluar dari mulut seorang anak seni.








BB : Syabas dan Tahniah!!! Semoga berakhir di jinjang pelamin....


read more...

Jelas Sudah Anwar Gagal Sebagai Ketua Pembangkang!!!


KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang sebenarnya adalah satu pakatan yang rapuh yang hanya berpaksi kepada kepentingan parti masing-masing untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu hingga sekarang mereka tidak mampu mendaftarkan pakatan mereka secara rasmi di bawah satu nama seperti BN, demikian pandangan Professor Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin.
Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata pakatan yang ditonjolkan pembangkang pada hakikatnya adalah sandiwara semata-mata kerana ia jelas boleh dilihat dalam pentadbiran mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Malah di dalam parti pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP jelas beliau masing-masing ketika ini sedang bergelut dalam kemelut dalaman mereka.









Dalam sebuah parti politik sekiranya mahu bertahan lama dan diterima rakyat katanya lagi ianya harus mempunyai struktur yang kukuh namun dalam PKR ianya menjadi longgar apabila apa yang digariskan semasa penubuhannya kononnya mahu memperjuangkan keadilan untuk rakyat tidak ditepati.
“Apabila pakatan pembangkang berjaya merampas beberapa buah negeri, saya mula melihat Anwar tidak lagi peduli dan komited dalam memperjuangkan apa yang dikatakan semasa awal penubuhan parti. Hari demi hari terutama selepas peristiwa janji 16 September yang tidak menjadi kenyataan,
“Janji kosong Anwar menggunakan kaedah yang begitu hina dengan cuba mencuri ahli perlimen BN, ini bukan cara politik yang baik dan Anwar lakukan juga”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Pada masa yang sama dedah beliau, Anwar pula semakin lama semakin mengutamakan kroni yang tertentu sehingga sifat Anwar yang mengutamakan kroni menyebabkan ramai yang keluar parti.
“Azmin juga sebenarnya tidak diterima dan ini terbukti dengan satu kejadian di Sabah. Azmin pernah ditolak oleh ahli PKR Sabah. Ini menunjukkan anak emas Anwar ini ditolak oleh orang bawahan parti. Anwar pula mengutamakan Azmin sehingga sanggup membelakangkan perjuangan parti,” ujarnya.
Manakala DAP pula kata beliau hanya mempergunakan Anwar untuk memecahbelahkan orang Melayu di samping mengikat Pas agar tidak bertindak esktrim yang boleh menghalang DAP meluaskan pengaruhnya.
“Sebenarnya DAP memegang kunci kelemahan Anwar dan ia digunakan bagi memastikan Anwar sentiasa patuh dengan segala arahan.  Sebab itu kalau kita tengok dalam apa jua isu termasuk yang membabitkan masalah di kalangan pakatan pembangkang Anwar akan menyebelahi DAP.
“Perkara ini juga sebenarnya tidak menyenangkan di kalangan pemimpin, ahli PKR dan Pas”, katanya.
Beliau seterusnya menambah perkara yang sama juga berlaku dalam Pas di mana di dalam parti Pas sendiri telah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang menyokong dan yang mula mempertikaikan kewibawaan Anwar.
“Mereka inilah yang menolak Anwar dek kerana satu demi satu terbongkar kisah Anwar.
“Ini semua berlaku kerana dalaman parti itu sendiri tidak mempunyai struktur yang kuat untuk mengikat satu sama lain. Sampai saat ini masih belum diwujudkan secara rasmi di antara mereka. Mereka tidak pernah bergabung secara rasmi. Tidak seperti BN yang mengikat komponan mereka dan bertanding dalam PRU atas satu tiket iaitu BN.
“Sehingga kini pakatan pembangkang belum selesai masalah dalaman mereka. Mereka tidak mampu sesama mereka untuk mempunyai satu bendera yang sama untuk menandingi BN. Inilah bukti betapa gagalnya Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang. Mereka gagal tidur satu bantal dengan mimpi yang sama,” ujarnya lagi.




read more...

Janji Ditepati!!! Tempoh Peroleh Pekerjaan Oleh Graduan Semakin Singkat


PUTRAJAYA, 8 Feb – Graduan di negara ini lebih bernasib baik kerana tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian lebih singkat berbanding sesetengah negara lain yang mengambil masa sehingga dua tahun.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ini berlaku kerana Malaysia mampu melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
“Kita tidaklah berdepan dengan apa yang berlaku di negara-negara lain yang kadar pengangguran tinggi sehingga ada yang mencapai sehingga dua tahun untuk diserapkan dalam pasaran kerja. Kita lebih baik daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen 207 graduan Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) di sini Jumaat.
Turut hadir Pengarah Urusan My-Partners Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Johan Mahmood Merican.
Mohamad Khaled berkata kajian kementerian juga mendapati lebih 70 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian.
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada kebolehpasaran graduan dan kebolehdapatan pekerjaan melalui penganjuran pelbagai program untuk melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran.
Ini termasuk program GCAP yang diadakan dengan kerjasama My-Partners dan TalentCorp yang terbuka kepada graduan tempatan yang belum bekerja selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif 2.3 dan ke atas dalam mana-mana bidang pengajian.
Melalui penyertaan selama enam minggu dalam GCAP, graduan didedahkan kepada latihan interaktif berasaskan keperluan industri selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menulis.
Beliau menjelaskan, GCAP yang dilaksanakan kerajaan sejak 2008, merupakan projek perintis kebolehpasaran graduan dan melatih sehingga 3,000 graduan dengan 90 peratus daripada mereka berjaya memperoleh pekerjaan selepas itu.
Katanya, ekoran kejayaan program itu, kerajaan setuju memperluaskan lagi program tersebut dengan kerjasama My-Partners dan TalentCorp yang berupaya melatih lebih ramai graduan.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top