Nuffnang

PRU13 : Datuk Raja Ideris Raja Ahmad ADUN Sg Air Tawar Tawar Tidak Bertanding

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lepas, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat. 





"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.

Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke Dun Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) dilanda 'tsunami' politik ketika itu.

Pada pilihan raya umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon PAS Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.

Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.

Raja Ideris berkata pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.

"Apa yang penting pada ketika ini, Umno dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi, dan kerja kuat untuk parti," katanya.

- Bernama
read more...

Ranking Terkini Blog - Parpukari Pintas Papa Gomo


Senarai ranking terkini nampaknya masih ditakluk oleh Media Permatang Pauh. Dan Parpukari memintas Papa Gomo untuk berada di tangga yang kedua. Gua? Hmmm.... Alhamdulillah, baru nak berada di kelompok bawah 100.



RankBlog - 6.2.2012 1




Rank Blog 4 - 6.2.2013



Untuk senarai penuh, sila layari portal Suara Generasi Baru



read more...

Adam Adli and The Gang Meroyan Lagi, Kali Ini Disebabkan SPP1M



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

“Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini, Rabu.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.

Najib menjelaskan, melalui cara itu membolehkan ramai lagi pelajar berpeluang meneruskan pengajian dan mungkin kepada yang sebelum ini tidak mampu belajar di luar negara boleh berbuat demikian.

“Sebanyak dua buah bank akan menawarkan pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa,” katanya.

Najib berkata cara itu adalah sesuatu yang unik dan belum pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dan beliau menaruh keyakinan skim tersebut dapat memberi faedah kepada rakyat dalam kalangan pertengahan.

“Ia juga dapat menambahkan lagi bilangan pelajar menyambung pengajian di universiti terkemuka di luar negara,” katanya.

SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15 tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian.

Sumber-Mstar Online

BB : Kalau Tak Nak Bayar Interest, Awal-awal Lagi Jangan Pinjam!!!! Jangan menyusahkan orang lain! Jangan menutup peluang orang lain! Jangan jadi BARUA DAN BALACI!!!

read more...

"Saya Doakan Nik Aziz dan Pengikutnya Tidak Dilaknat Allah"

Muktamar Parti Islam Se-Malaya (PAS) ke-58 yang berakhir di Kota Bharu hujung tahun lalu telah dicemari dengan sikap dan perangai buruk pemimpinnya yang selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam.

Penghujung muktamar tahunan tersebut hanya menggambarkan perhimpunan sekumpulan mereka yang ‘sakit jiwa’ dan tidak dapat berjalan dengan betul di atas satu landasan kebenaran.

Dengan kata lain, pemimpin PAS ternyata begitu ghairah ‘menjual agama’ demi kerakusan kuasa politik sehingga membiarkan otak ahli-ahli mereka dipenuh sampah-sarap ketaksuban melampau.

Ini terbukti bilamana apa sahaja yang dimuntahkan oleh pemimpin mereka tetap akan  dianggap sebagai satu fatwa atau pegangan agama yang tidak boleh dicabar atau disanggah oleh orang lain. Mereka telan apa sahaja tanpa banyak soal.

Oleh sebab itu, umat Islam di negara ini begitu terkejut dan ‘mengucap panjang’ apabila adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat memimpin bacaan doa di Stadium Sultan  Mohammad ke-1V supaya Allah S.W.T. menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ramai yang pasti sedih dan terkilan kerana tidak ada seorang pun hamba Allah daripada ratusan perwakilan serta ribuan ahli-ali PAS yang ‘terbuka hati’ untuk berani menegur  perbuatan yang jelas tidak dianjurkan oleh ajaran Islam yang maha suci.

Amat malang sekali mereka menjadi umat Islam ikutan yang hanya sanggup mendengar dan mengaminkan apa sahaja doa daripada mulut pemimpin mereka. Mereka menjadi jumud sehingga tidak dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil.

Umat Islam yang waras dan cerdik akalnya menyifatkan doa pemimpin PAS melaknatkan UMNO yang didokong oleh majoriti orang Melayu dan umat Islam di negara ini sebagai keterlaluan dan satu perbuatan ‘hilang akal’ dan memalukan seluruh umat Islam di negara ini.

Umat Islam yang berpegang kepada sunnah WalJamaah tidak dapat menerima doa laknat yang dilakukan oleh pemimpin PAS itu  kerana  ia membabitkan sesama Islam.

Sebaliknya mereka terkilan kerana pemimpin PAS tergamak berbuat demikian sedangkan jasa UMNO terhadap perkembangan syiar Islam di negara tidak dapat dinafikan termasuk pembinaan ratusan masjid dan surau.

Mengapa tidak berdoa kepada Allah SWT supaya selamatkan umat Islam di Palestin.

Malah mereka yang masih waras fikirannya juga terkilan kerana pemimpin  PAS termasuk Nik Aziz dan adiknya tidak pernah mengadakan perhimpunan dan  meminta pertolongan  daripada Allah S.W.T apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas bukan orang Melayu dan bukan penganut Islam, yang dengan tegas pernah mengatakan : “langkah mayat saya dahulu jika ingin tubuh negara Islam”.




Oleh sebab itu, kita sendiri tidak tergamak dan tidak akan mendoakan kepada Allah S.W.T. supaya menghancurkan PAS dan Nik Aziz, sebaliknya saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan semoga Nik Aziz dan sekalian pemimpin PAS diberikan taufik dan hidayah serta petunjuk.

Kita tidak akan menjadi manusia hipokrit kerana disebabkan kepentingan politik sehingga menggadaikan maruah agama. Justeru itu marilah kita memohon kepada Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk kepada Nik Aziz dan para pengikutnya supaya insaf.

Sebaliknya kita sentiasa mendoakan semoga Allah yang Maha Esa memberikan petujunjuk dan hidayah kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia tanpa mengira perberzaan ideologi politik, sama ada daripada UMNO, PAS mahupun PKR, dengan harapan umat Islam dan negara ini selamat daripada bala dan sebarang musibah, tidak sepertimana yang sedang berlaku di sesetengah negara Islam.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita tidak dapat menerima penganjuran doa laknat seperti itu kerana tetap yakin bahawa UMNO parti yang menaungi seluruh bangsa Melayu dan umat Islam tidak pernah tergelincir daripada landasan Islam yang sebenarnya.

Hakikatnya juga bahawa UMNO walaupun berkongsi kuasa politik dengan rakan-rakan bukan Islam dalam BN untuk memerintah negara ini, pemimpinnya tetap berusaha memperjuangkan kepentingan umat Islam.

UMNO tidak pernah membelakangkan syariat Islam dalam teras perjuangannya walaupun bersendikan semangat nasionalisma.

Sehubungan itu, apabila Nik Aziz mendakwa ‘UMNO menolak Islam’ kerana mempertahankan doa laknat daripada adiknya (Nik Razi), boleh kita sifatkan dakwaan Mursyidul Am itu sebagai amat jauh menyeleweng.

Sepatutnya Nik Aziz turut berasa ‘terhina’ dengan gelaran yang dilabelkan kepada beliau sebagai tok guru kerana turut sama bersekongkol dengan perbuatan melaknat sesama Islam.

Apakah pengikut PAS lebih beriman  daripada orang lain?

Nik Razi dalam ucapan doanya dikatakan menyebut : “Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, hukumkan lah UMNO-BN, hukumkan UMNO-BN, hukumkan UMNO-BN,”.

“Kalu kamu pernah tenggelamkan Firaun ke dalam laut, Ya ALLAH kamu telah ranapkan Namrud, begitu juga Abu Lahab. Maka, sungguh mudahnya kamu untuk menjahanamkan UMNO-BN dalam PRU 13,”.

Bukan setakat, malah seluruh umat Islam di negara ini tidak dapat menerima doa seperti itu yang secara terang-terangan ditujukan kepada sesama umat Islam yang hanya bebeza kerana fahaman politik.

Apalah yang ada kelebihan kepada orang Melayu dan Islam yang menjadi ahli PAS sehingga pemimpin mereka boleh memberi jaminan bahawa kesemuanya ‘tidak kotor’, sepertimana yang mereka dakwa terhadap ahli dan pemimpin UMNO.

Justeru, ahli-ahli PAS yang terlalu taksub sehingga sanggup menelan apa sahaja ‘muntah’ daripada ulama mereka perlu sedar dan insaf bahawa Allah S.W.T. itu maha mengetahui lagi maha memahami apa yang tersirat dan yang tersurat di hati mereka.

Insaf dan bertaubatlah kerana kejadian yang berlaku di depan mata hari ini  adalah satu peringatan daripada Allah S.W.T. tidak kira seseorang itu ahli PAS, UMNO dan PKR.

Oleh itu, adalah lebih afdal jika perhimpunan di Stadium Sultan Mohammad ke-1V anjuran PAS itu mendoakan kesejahteraan dan perlindungan daripada Allah S.W.T. ke atas umat Islam di bumi Palestin yang menjadi mangsa sembelihan rejim Yahudi, bukannya menadah tangan memohon kelaknatan kepada umat Islam yang menjadi ahli UMNO.

Dalam satu Hadis, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda : ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Marilah kita berjabat tangan atas satu tujuan dan matlamat untuk membebaskan pemikiran umat Islam supaya tidak dijajah oleh fatwa-fatwa yang menyesatkan, sepertimana dilakukan oleh Nik Aziz dan pengikutnya.

Lagipun Islam itu menganjurkan kepada kedamaian dan jalan kebaikan sesama umatnya, bukannya memohon laknat ke atas mereka !

Datuk Syed Ali Alhabshee Adalah Ketua UMNO Bahagian Cheras (www.umnobahagiancheras.blogspot.com)
read more...

Pengundi Luar Negara, 1,574 Layak Mengundi PRU13


KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) -- Seramai 1,574 rakyat Malaysia di luar negara sudah mendaftar untuk mengundi setakat ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar ialah Australia iaitu 350 orang diikuti United Kingdom dengan 258 orang, Amerika Syarikat (108), China (88) dan Qatar (86) sejak pendaftaran secara talian terus dilancarkan pada 21 Disember lepas.

"Keputusan yang dibuat oleh SPR bagi membolehkan semua rakyat Malaysia di luar negara, tidak termasuk pegawai kerajaan dan pelajar luar negara, mendaftar secara talian terus, faks dan e-mel sangat berkesan.

"Kita anggarkan sekitar 100 rakyat Malaysia luar negara mendaftar dengan SPR setiap hari, dan kita harap trend ini berterusan. Setakat ini, SPR tidak menerima apa-apa bantahan atau kritikan daripada rakyat Malaysia di luar negara berkaitan dengan proses pendaftaran ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi Sabah dan Labuan di sini Rabu.

Tiga badan NGO itu ialah Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Sabah, Majlis Belia Sabah dan Gabungan Persatuan Cina Sabah.

Abdul Aziz berkata antara syarat untuk rakyat Malaysia mengundi dari luar negara ialah mereka mestilah mendaftar sebagai pemilih terlebih dahulu dan kembali ke negara ini dalam masa 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran parlimen.

"Pada pandangan SPR, syarat yang kita tetapkan itu amat berpatutan. Tujuan kita adakan syarat ini ialah supaya mereka tidak terputus hubungan budaya, keluarga dan negara, dengan rakyat Malaysia luar negara.

"Kita tidak mahu rakyat Malaysia yang duduk di negara luar selama 20 atau 30 atau 15 tahun tidak balik-balik (ke negara ini)...tidak pernah balik tengok adik-beradik, dan tidak tahu apa budaya sekarang, orang seperti ini tidak patut diberi peluang mengundi.

"Itu sebab kita beri syarat ini dan syarat seperti ini adalah biasa dikenakan oleh semua negara di dunia ini," katanya.

Abdul Aziz berkata rakyat Malaysia di luar negara yang telah mendaftar sebagai pemilih dan ingin mengundi melalui pos boleh memuat turun borang permohonan (Borang 1B) menerusi lawan web SPR di http://www.spr.gov.my.

Bagi mengelak penyelewangan, beliau berkata pada masa proses pengundian di luar negara, ejen parti boleh hadir dan menyaksikan proses itu.

"Parti boleh melantik sesiapa saja ejennya di sana, namun kertas undi itu hanya boleh dibuka di hadapan ejen calon di Malaysia," katanya.

Sebelum ini, cuma pelajar luar negara dan pekerja kerajaan dan pasangan dibenarkan mengundi sebagai pengundi luar negara.

-- BERNAMA

read more...

Lawatan Keluarga Banduan Pada 12 Dan 13 Feb Sempena Tahun Baru Cina


KUALA LUMPUR — Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 12 dan 13 Feb ini sebagai tarikh lawatan bagi keluarga banduan, tahanan dan juvenil sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Ketua Seksyen Dasar, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata tarikh itu adalah untuk tahanan di semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney.


“Lawatan untuk tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tempat tahanan perlindungan Kamunting, Taiping, Perak pula ditetapkan pada 10 dan 11 Feb ini,” katanya.
Beliau juga berkata semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan kecuali bagi tahanan di Kamunting, Taiping.
Waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan keutamaan kepada penghuni penjara kaum Cina.
Bagi memudahkan urusan, pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan, selain tidak dibenar membawa makanan dan minuman melainkan yang dibeli di kantin penjara.
Supri juga berkata pelawat yang ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan seperti bayaran yuran peperiksaan perlu mendapatkan resit rasmi sebagai akuan penerimaan. — Bernama
read more...

TANDA PUTERA - Kenapa PR Menentang Penayangannya??

Belum pun filem “Tanda Putera” ditayangkan, pemimpin pembangkang terutama DAP seperti “beruk kena belacan” kononnya mendakwa filem tersebut mempunyai sentimen perkauman dan membabitkan pemimpin DAP terutama dalam babak tragedi 13 Mei 1969.

Pemimpin pembangkang seolah-olah berlumba-lumba mengecam filem tersebut yang disifatkan sebagai alat propaganda Barisan Nasional (BN).





Ternyata dakwaan yang dihambur dan dikecam pemimpin pembangkang jelas tersasar apabila pengarah filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengulangi tidak ada watak seorang pemimpin DAP digambarkan dalam filem itu seperti didakwa sebelum ini.

Justeru beliau yang juga Pengarah Urusan Pesona Pictures Sdn Bhd meminta masyarakat di negara ini menonton terlebih dahulu filem ‘Tanda Putera’ sebelum membuat kesimpulan melulu dan pelbagai tanggapan salah lain.

Jelas beliau sejak treler selama 90 saat dimuat naik menerusi Internet, banyak tuduhan dan dakwaan tidak berasas dilempar oleh pihak tertentu.



 


Beliau turut meminta mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan serangan peribadi termasuk ugutan kepada semua pihak berkait dengan filem itu agar menghentikan perbuatan mereka.

Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulihkan keadaan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 ketika keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.

Filem itu juga mengisahkan persahabatan akrab antara Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang sama-sama berjuang memulihkan negara daripada trauma 13 Mei serta kematian mereka yang tidak diduga.

Antara pelakon yang membintangi filem dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu ialah Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah.



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top