Nuffnang

Anwar Meroyan Sakan Bila Kajian Universiti Di Selangor Kata Najib Pilihan Anak Muda

anwar-najib



Jika pembangkang sering mendabik dada bahawa mereka mendapat sokongan padu pengundi muda terutama daripada golongan mahasiswa, mungkin fantasi ini perlu dilihat semula berdasarkan realiti semasa dan fakta.

Fantasi dan impian adalah sesuatu yang enak dinikmati hanya sewaktu berada dalam alam mimpi sahaja!

Beberapa kajian menunjukkan Barisan Nasional akan kembali dipilih sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.

Terkini kajian berkaitan pandangan politik mahasiswa di tiga universiti awam meletakkan Datuk Seri Najib lebih popular berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) ke atas 3,015 responden antara 9 hingga 12 Disember tahun lalu, mendapati 67.4 peratus siswa menyokong Perdana Menteri berbanding 52.2 peratus kepada Anwar.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang pula mendapat 33.1 peratus, manakala Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang tercorot dengan hanya 15 peratus.

Kajian tersebut membabitkan pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Jika hasil bancian dipecahkan pula antara negeri di bawah BN dan Pakatan Rakyat, nyata sekali Datuk Seri Najib amat popular sekali di kalangan siswa Kelantan dengan 60.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).

Angka yang diperolehi memberi bayangan jelas kemungkinan besar BN akan menawan semula Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah sementara Sabah serta Sarawak tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

Maka unjuran pembangkang bahawa mereka akan berarak ke Putrajaya nampaknya hanya satu mainan fatamorgana yang menipu diri mereka sendiri.

Mahasiswa memilih Datuk Seri Najib disebabkan beliau menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya seperti mana yang digariskan di kajian tersebut.

Ini termasuk kualiti kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.

Perbezaan sifat-sifat ini antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah seperti langit dan bumi.

Melihat kepada karektor dan peribadi kedua individu ini pun sudah cukup menyakinkan rakyat siapa sebenarnya pilihan mereka.

Datuk Seri Najib adalah seorang yang bersifat lemah lembut sama seperti ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Sesiapa sahaja yang pernah bekerja atau bersama Perdana Menteri akan mendapati watak keperibadian beliau yang amat mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat – dari golongan bangsawan hinggalah kumpulan marhaen.

Dengan lirik wajah yang sentiasa tersenyum dan merendah diri, Datuk Seri Najib adalah idola di hati rakyat.

Bagaimana pula dengan Anwar? Baca lagi di Suara Generasi Baru
read more...

"ANWARISME" Dalam ABIM Masih Kuat, Mohon Penjelasan Anugerah Kepada Wan Azizah

Anwar amat sinonim dengan gerakan Islam suatu masa dulu... Malah menjadi idola pelajar dan mahasiswa khasnya di sekolah, kolej mahupun IPT yang berteraskan konsep Islamiah dalam kokurikulumnya termasuklah aku ni.

Tapi itu dulu. Duluuuuuu...... beb. Sekarang??? Ntahlah, tapi nampaknya masih kuat pengaruh "Anwarisme" ni nampaknya dalam ABIM. Kenapa??? Kenapa aku kata begitu?? 

Haa, ini sebabnya. Mari kita ikuti pembongkaran yang gua kongsi dari blog sahabat MULUT HEBIAQ seperti di bawah :


1. Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaaun (HKK) 2013, 2 Februari lalu. 

2. Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.

3. Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah. 

4. Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama.  Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri.  Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga.  Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.  

5. Pekertinya yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita suci).  Pendek kata, beliau memiliki pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda. 

6. Namun, hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara. 

7. Allah SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW.  Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga Rasulullah SAW menghantar peminangan. 

8. Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati.  Rasulullah SAW senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya.  Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW. 

9. Allah SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.   

10. Kesimpulannya, Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri.  Untuk itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya dengan sabda “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”

11. Berdasarkan hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia ini?   Dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah. 

12. Wan Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah.   Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan.  Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk bersiar-siar. 

13. Wan Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa sahaja.  Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.  Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai mempunyai simptom kekurangan kasih sayang. 

14. Kita juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’ amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan.  Malah, ia adalah seratus-peratus bertentangan. 

15. Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi.  Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan. 

16. Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah. 

17. Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya.  Oleh itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut. 

18. Justeru, ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam. 

19. Kepada ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara.  Dan lebih-lebih lagi jangan dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung rambut atau hujung jari Wan Azizah.  


Kredit : MULUT HEBIAQ
read more...

AGU : Artis Ganti Ulama - Terbaik Dari Pas

Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuatnya sejak dahulu sehingga sekarang.

''Ketika menang bertanding dalam pilihan raya dulu, beliau mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran sebab suara adalah aurat, hukum itu katanya dibuat berlandaskan al-Quran tetapi sekarang dia pakai hadis mana pula wanita boleh sertai tilawah al-Quran,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah 2.0 Premier BN, Siapa Pelopor Fatwa 'Kluk-Klek' di Kampung Padang Selising, di sini malam tadi..

Terbaiklah dari Unspinner 






BB : Pas Semakin Pupus Ulama

read more...

Najib Terima "Kejutan" 80 Ahli Pas Di Terengganu

pix_gal0




KUALA TERENGGANU  – Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar Pas dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai UMNO.

Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong Pas itu, berkata, mereka menyertai UMNO kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.

Katanya, program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.

“Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut Pas, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Selamat Tinggal Pas, BN Di Hatiku, di kediamannya, Seri Iman, di sini hari ini.

Pada majlis itu, 80 pengikut dan penyokong setia Pas dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada UMNO serta menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Sementara itu seorang lagi bekas penyokong Pas, Mohd. Zulfadli Zakaria, 28, dari Kampung Bukit Cempedak, berkata beliau sedih kerana selama menjadi pengikut setia Pas, tiada apa yang disumbangkan parti pembangkang itu bagi kemajuan kampungnya.

“Mereka (Pas) tidak menghirau langsung penduduk Kampung Bukit Cempedak. Remaja dan belia di kampung kami terumbang-ambing tidak ada bimbingan, tidak ada program yang dirangka bagi kemajuan kami.

“Kami berharap setelah menyertai UMNO, kami akan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi kemajuan kampung kami setanding dengan kampung lain,” katanya yang mewakili orang muda kampung berkenaan.

Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad berkata sehingga ini kerajaan telah membina 300 unit rumah mampu milik di Bukit Gasing dan 500 unit lagi di Bukit Payong dalam daerah Marang.

“Jika Barisan Nasional memenangi empat kerusi DUN serta Parlimen Marang, kerajaan akan membina 1,000 unit lagi rumah selain sebuah Sekolah Agama Imtiaz yang menelan belanja antara RM50 juta ke RM60 juta di daerah itu,” katanya.

Parlimen Marang dan dua DUN di bawahnya iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong dikuasai Pas manakala DUN Alor Limbat serta Pengkalan Berangan pula dipegang BN. – BERNAMA

read more...

Azwan Ali Calon Bebas Di Pekan Lawan Najib



Nampaknya semakin ramai artis yang menceburi dan berminat dengan dunia politik!! Amboi...amboi....amboi.....

Kah..kah..kah.... Tergelak aku lihat twitt daripada Azwan kat wall Taiping Central ni. Korang rasa macam mana? Ada harapan tak untuk Azwan dapat balik duit deposit?? 

Kalau ikut pandangan bro MPP,  dia cadang Azwan ni pergi bertanding di Parlimen Permatang Pauh je. Parlimen dia sendiri merangkap Hak Milik Sementara Bang Nuar. Sebab aper, katanya Azwan "BERPOTENSI" untuk mendapat undi di situ. Hahaha..... undi dari siapa???? 

Korang????? Apa korang rasa???


read more...

Rogol Teman Wanita - Juara Program Realiti TV Ditangkap

Satu sumber yang dipercayai berkata, suspek yang berusia 20-an telah merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana semalam.

Didakwa oleh teman wanitanya, suspek ditahan pada jam 12 tengahari di Taman Melati setelah wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol tersebut.

Ketika kejadian yang berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari wanita tersebut mendakwa berada di rumah kekasihnya dan ketika itulah dia dirogol.





Sumber turut memberitahu bahawa berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa ketika keluarga suspek tiada di rumah.

Jika suspek didapati bersalah atas dakwaan merogol teman wanita sendiri, beliau boleh dipenjara selama 20 tahun dan juga sebatan.

Penahanan penyanyi itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun enggan mengulas lanjut berkaitan kes ini.

Sumber-Rotikaya.com

read more...

ANWAR - Memusuhi Saya Kerja Sia-Sia

1.Saya menafikan tuduhan yang mengatakan saya terlibat dengan pemberian kewarganegaraan di Sabah. “Tiada satu minit mesyuarat pun” yang menunjukkan saya terlibat dengan task force.

2.Saya tidak kenal Deepak Singh. Saya tidak pernah bertemu dengannya, “walaupun ada video” pengakuan Deepak yang menunjukkan saya ada bertemu secara sulit dengannya.

3.Saya tidak kenal Dato Eskay, walaupun ada gambar yang menunjukkan saya begitu mesra dengannya.

4. Saya tidak ada kroni walau pun seorang sepanjang saya menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Saya tidak pernah memperkayakan sesiapa walaupun keluarga saya sendiri. Kekayaan keluarga dan orang keliling saya adalah datang dari langit secara tibs-tiba.




5. Saya tidak pernah berselingkuh dengan Isteri orang kanan saya, walaupun Isteri saya pernah mengadu hal ini kepada Tun Siti Hasmah.

6. Saya tidak pernah melakukan perkara luar tabie dengan sesiapa pun walaupun perkara ini juga pernah diadukan kepada Tun Siti Hasmah oleh isteri saya.

7. Saya tidak pernah berlaku curang dengan china doll, walaupun jelas perbuatan tersebut dirakam dan disahkan oleh pakar-pakar dunia.

8. Saya tidak pernah meliwat Saiful walau pun peguam bela saya Karpal Singh mengakui di dalam mahkamah wujudnya perbuatan suka sama suka antara saya dan Saiful.

9. Saya tidak pernah mengaibkan sesiapa khususnya Najib dan Rosmah di dalam apa keadaan sekali pun, sepertimana yang dilakukan oleh musuh-musuh yang dengki terhadap saya, walaupun memang saya tidak henti-henti mengaibkan beliau di dalam setiap ceramah yang saya adakan.

10. Saya tidak pernah memfitnah Najib dan Rosmah, walaupun saya tidak henti-henti merekacipta pelbagai fitnah terhadap beliau dan isteri.

11. Saya tidak pernah berniat mahu menyaman Dato Nalla, Dato Eskay, Ummi Hafilda dan sesiapa saja yang membongkar kisah peribadi saya walaupun mereka tak henti-henti mencabar saya sipaya “saman mereka”. Walau bagaimana pun, sesiapa saja yang tidak terlibat secara langsung atau tidak mengetahui secara langsung segala kisah peribadi saya, pasti akan saya saman. Lihatlah Utusan UMNO. Pantang keluar sikit saja isu peribadi tentang saya dalam media mereka, pasti pasti saya saman. Itu sajalah senjata yang saya ada.

12. Saya ingin memberi amaran dan ingatan kepada sesiapa saja yang cuba membongkar “rekod buruk” saya semasa dalam kerajaan samada rekod buruk sebagai penjawat jawatan mahupun rekod buruk peribadi, berhentilah dari membuat kerja-kerja tersebut kerana saya tidak sesekali akan mengaku, walaupun semua tuduhan tersebut benar.

13. Waima jelas,  sayalah orang yang dimaksudkan dalam video tersebut, jangan harap saya akan mengaku.

kkamdias.blogspot.com
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top