Nuffnang

BLOGGER "OTAI MELATAH!!! GARA-GARA RANKING TERKINI PORTAL DAN BLOG KERAJAAN YANG DIKELUARKAN!!!

Hmmm... terima kasih la Portal Suara Generasi Baru kerani mengambil inisiatif untuk membuat ranking Portal dan Blog yang "MESRA" Kerajaan. Oleh kerana ini merupakan penyenaraian kali pertama olehnya, maka ada la pula blog dan juga portal yang "melenting" kerana dikatakan "TERPINGGIR".
 
 
 
 
Klik Imej untuk Ranking Portal Mesra Kerajaan
 
 
Pun begitu, gua SALUTE dengan bebudak ni kerana mengaku "KELEMAHAN" atau "KESILAPAN" yang tidak disengajakan. Al-maklumlah, budak baru belajar la katakan. Semoga pihak admin tidak cepat berputus asa dan melatah. Gua percaya, pihak admin pasti mempunyai penjelasan kepada isu TERPINGGIR ini.
 
 
Kepada blogger2 OTAI yang berada di PUNCAK, gua blogger picisan ini yang baru bertatih ingin mengucapkan tahniah kepada U ALL yang selama ini berjuang tanpa mengenal erti PENAT dan JEMU.
 
 
 
Klik Imej untuk Ranking Blog Mesra Kerajaan
 
 
Apa pun, kerana MENGHORMATI dan MENGHARGAI sumbangan serta PERJUANGAN Otai-Otai sekalian, gua tak nak la sampai "print screen" kat sini.
 
Ok la, gua tak nak la pula MEROYAN kat sini. Nanti kena bantai plak dengan OTAI-OTAI semua. Takuuuuuutttttttt beb!!!
 
 
P/s : Ku sedar diri ini..... kerana langsung tiada dalam senarai. huhuhu...
 
 
read more...

PANASS... VIDEO WANITA YANG BENAR-BENAR MEMBAKAR PERASAAN!!!

Video ini diambil semalam secara amatur di Bangunan PWTC dan wanita ini benar-benar mencabar Umno  serta BN dengan memakai t-shirt yang TERTULIS perkataan seperti di bawah. Walaubagaimanapun, Zaharin Mohd Yasin ,Ruslan Moktar dan YDP Perkasa Wilayah Persekutuan menghalau dia keluar dari bangunan PWTC.
 
 
 
 
Amacam???? Ni baru bahagian belakang beb. Di Depan pula tertulis perkataan yang bisa buat Gua Panas Beb???? Korang???
 
Jom tengok video ni. Layannnnnn.....
 
 
read more...

Sheila Sim Supermodel Terkenal Dedah Rahsia Kekal Muda

DIA nampak begitu menyerlah dengan padanan blaus jingga bersama skirt putih. Tampil segar dengan solekan nipis melatari kulit yang cerah dihiasi sapuan pengilat bibir. Walaupun ringkas, ia cukup anggun dan elegan. Ketika bertemu media pada kunjungan pertamanya ke Malaysia sebagai duta baru SK-II, bibir comelnya tidak putus-putus menguntum senyum.
 
Sheila Sim, 27, supermodel terkenal kelahiran Singapura ini selain bijak bergaya, juga berkeyakinan menjawab soalan. Dia bukan setakat popular di negara kelahirannya namun sejak berusia 17 tahun, Sheila sudah berpindah ke Hong Kong untuk membina jenamanya sendiri. Lebih membuatkan wanita ini bersemangat apabila dia mempunyai dua wanita yang menjadi tulang belakang dalam kerjayanya selama ini.
“Bekas model Ivy Chng ialah ibu saudara yang banyak mengajar mengenai kehidupan serta asam garam dalam dunia peragaan. Dia memberi tunjuk ajar bagaimana menjadi model berjaya. Selain itu, nenek memainkan peranan besar menentukan arah hidup saya. Sejak kecil saya tinggal bersama nenek dan wanita ini menjadi inspirasi saya selama ini.

“Apa juga yang saya lakukan nenek menjadi penasihat dan pembimbing dalam membina kerjaya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya nenek tiada.

Selain itu, saya mempunyai keluarga besar yang sangat menyokong serta tidak pernah jemu memberikan galakan untuk berjaya dalam bidang peragaan,” katanya.
 
 
 
Sheila mengakui untuk mengukuhkan nama di luar negara seperti Paris dan Itali bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana penerimaan Barat terhadap wanita Asia amat berbeza.

“Di sana saya terpaksa menunggu selama dua jam semata-mata mahu menunjukkan portfolio dan sekiranya mereka tidak suka, mereka akan membuangnya begitu saja.
Namun dari situ saya belajar menghadapi tekanan,” katanya yang berpindah ke Hong Kong pada 2002 dan membina nama di sana selama empat tahun sebelum kembali ke Singapura.

Menyedari memiliki bakat semula jadi, model yang memiliki ketinggian 174 sentimeter ini kemudian bekerjasama dengan jenama besar seperti Giorgio Armani, Salvatore Ferragamo, Christian Dior, Piaget, Valentino, Louis Vuitton dan Chanel di Tokyo, Milan dan Paris serta muncul dalam 10 daripada 24 pertunjukkan di Festival Fesyen Singapura pada 2008.

Menjadi duta jenama antarabangsa SK-II, dia kini sebaris dengan duta terdahulu iaitu Cate Blanchett, Tang Wei, Haruka Ayase, Lee Sinje dan Qi Qi. Pemilihan ini satu penghormatan buat Sheila kerana dia dapat berkongsi pengalaman dengan semua wanita mengenai kecantikan. Dia mentakrifkan kecantikan bukan hanya menerusi penampilan luaran, apa yang penting memiliki hati yang bersih serta minda yang segar dan sihat kerana semuanya akan terpancar menerusi wajah.

“Kecantikan bukan sekadar menjaga kulit atau memastikan wajah disolek rapi tetapi lebih daripada itu. Menjaga hati dengan nilai murni, berprasangka baik, tidak cemburu dan sentiasa positif adalah rahsia tampil lebih yakin dan bergaya,” ujarnya.

Menjalani kehidupan aktif sebagai model peragaan pentas, jadual hariannya padat dengan aktiviti seharian. Bermula seawal pagi, wajah perlu disolek dan berlarutan sehingga ke malam. Kadangkala waktu tidur hanya apabila berada di dalam kapal terbang.

Justeru, dengan faktor persekitaran yang mencabar, Sheila mengakui dia memiliki kulit sensitif serta terdedah pada keradangan akibat pertukaran cuaca serta alat solek. Atas sebab itu, dia sering bertukar produk dan tidak pernah setia pada sesuatu jenama kerana percaya setiap orang dilahirkan dengan kulit yang cantik serta tidak perlu melakukan sebarang perubahan.

“Saya mempunyai kepercayaan kulit yang cantik tidak perlu menggunakan sebarang produk. Tetapi apabila SK-II melamar saya sebagai duta, saya tidak menolak kerana yakin keajaiban pada kulit selepas menggunakannya,” jelasnya.

Menceritakan pengalaman menggunakan SK-II, pada hari pertama, dia tidak mengharapkan sebarang perubahan ketara namun selepas sehari mencubanya, kulit menjadi lebih cerah dan jelas.

“Selepas tiga hari menggunakan FTE, liang roma menjadi lebih halus dan licin.

Kulit menjadi tegang dan bercahaya. Malah saya tidak pernah mengalaminya dengan mana-mana jenama penjagaan kulit sebelum ini. Dalam masa 14 hari, garis halus di sekitar mata dan mulut menjadi lebih licin dan tidak kelihatan.

“Mulanya, saya fikir ia hanya imaginasi tetapi apabila rakan bertanyakan rahsia memiliki kulit cerah berseri, saya mula percaya,” ujarnya yang memastikan akan membawa tiga produk apabila berkunjung ke luar negara.

FTE digunakan di dalam kapal terbang bagi mengelak kulit kering, topeng wajah SK-II Skin Signature 3D Redefining bagi menyegar dan memastikan kulit mendapat lembapan secukupnya manakala Cellumination Essence Ex menjadikan kulit tegang dan bercahaya.

Sebagai duta dan ikon kecantikan, Sheila menggesa wanita muda memulakan langkah menjaga kecantikan dengan melakukan regim penjagaan kulit supaya mereka mendapat manfaat pada kemudian hari.

Kulit harus dijaga dan dibelai menggunakan produk penjagaan wajah terbaik dan jangan berharap kulit akan kekal bersinar tanpa sebarang produk.
 
Baca lagi di MyMetro
read more...

EKSEKUTIF MUDA DIPEDAYA PENCARI BAKAT

GEORGE TOWN – Hasrat 100 peserta uji bakat untuk bergelar penyanyi dan model bagi sebuah majalah baharu terkubur apabila mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur pencarian bakat di sini.
 
Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej swasta, peragawati sambilan dan eksekutif muda itu merupakan pemenang program Idol Search dan Cover Guy n Gurls bagi majalah tersebut.
 
Program pencarian bakat baharu itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jun hingga Julai lalu oleh penganjurnya, seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur.
 
Kesemua peserta berusia lapan hingga 28 tahun itu dikenakan bayaran pendaftaran RM50 hingga RM500 dan dijanjikan hadiah lumayan wang tunai RM2,000 dan telefon bimbit.
 
Pemenang turut ditawarkan sebagai penghias muka kulit majalah terbabit serta berpeluang merakamkan album di luar negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan China.
 
 
 
SEBAHAGIAN daripada peserta yang ditipu penganjur membuat aduan di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang semalam.
 
 
Sumber : KOSMO
read more...

SURVIVAL BAHASA IBUNDA OLEH GENERASI MUDA

ANDA kaum apa? Itu soalan lazim yang ditujukan kepada Nursyahirah Mohd. Aziz yang baru berusia 13 tahun memandangkan wajahnya yang tidak tumpah seperti gadis Asia Barat.
 
Memiliki mata besar dan hidung yang mancung, gadis yang menuntut di Sekolah Menengah Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu rupa-rupanya berketurunan Pakistan.
 
Namun, peliknya walaupun ibu bapa Nursyahirah sememangnya berketurunan Pakistan, namun dia tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka Punjabi atau Urdu.
 
Akui Nursyahirah, sewaktu zaman kanak-kanak dahulu penguasaan bahasa Punjabinya lebih teruk. Dia hanya faham sedikit apa yang dituturkan oleh ahli keluarganya dan langsung tidak dapat membalas bicara dalam bahasa tersebut.
 
"Bayangkan, apa yang disebut lain bunyi dan maknanya pun berbeza. Apabila itu berlaku, saya berasa malu untuk meneruskan perbualan," kata gadis itu yang akhirnya lebih senang berbahasa Melayu dengan ahli keluarga di rumah.
 
Keselesaan berbahasa Melayu dan Inggeris di sekolah mungkin telah mengehadkan kemampuan Nursyahirah menguasai bahasa Punjabi.
 
 
Pakistan celup
 
 
Sewaktu berusia 8 tahun ketika di sekolah, rakan-rakan mula melabelkannya sebagai Pakistan celup.
"Ramai kawan di sekolah yang gemar menonton filem Bollywood sehingga meminta saya menterjemahkan pelbagai jenis ayat dari bahasa Melayu ke bahasa Punjabi kepada mereka.
 
Pada kebanyakan masa, memang saya terpaksa menghampakan permintaan tersebut kerana memang saya tidak tahu banyak perkataan Punjabi. Akhirnya, label Pakistan Celup memang sangat menghantui saya," tuturnya sambil mengakui gelaran tersebut ternyata memberi kesan mendalam pada dirinya, sehingga sejak itu dia nekad untuk mula menguasai bahasa Punjabi
 
Sejak itu juga, gadis berkulit cerah itu mula menonton filem-filem Bollywood dan menjadi pencinta filem berkenaan, walaupun sebelum itu dia amat jarang menonton filem berkenaan.
 
Selain itu, dia juga akan melayari laman web yang mempunyai rangkaian panduan bahasa Punjabi kerana kaedah itu banyak membantunya menguasai dengan kebih cepat bahasa tersebut.
 
 
 
 
 
Pada masa yang sama, dia juga akan bertanya kepada ibunya mengenai perkataan-perkataan yang sukar difahami.
 
"Saya melihat langkah-langkah itu memudahkan saya untuk belajar bahasa ibunda saya, malah membuatkan saya semakin berminat dengan bahasa tersebut. Jika dahulu saya kosong, kini semakin bertambah baik," ujarnya.
 
Kemerosotan bahasa ibunda menurut bidang linguistik adalah kegagalan penutur aslinya untuk menguasai bahasa tersebut. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh jumlah penuturnya yang makin berkurang atau perkembangan bahasa lain yang menghakis kepentingan bahasa ibunda itu.
 
Biarpun Persatuan Linguistik Amerika Syarikat menyatakan terdapat antara 6,800 hingga 6,900 jenis bahasa di dunia ini, namun globalisasi hari ini menyebabkan hanya beberapa bahasa menjadi keutamaan. Ternyata, globalisasi yang dipacu oleh kemajuan internet begitu dekat dengan generasi muda.
 
Lantaran itulah, kemerosotan penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda agak ketara.
 
 
Baca lagi di KOSMO
read more...

ROYALTI MINYAK : PUTRAJAYA KENA SERBU!!!

Tak Sampai 700 Yang Hadir Demonstrasi Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

 
 
PUTRAJAYA – Demonstrasi menuntut royalti minyak Kelantan telah diadakan dihadapan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. Bermula pada pukul 8 Pagi, peserta demonstrasi sudah memenuhi pintu hadapan Mahkamah Persekutuan dan pergerakan mereka sentiasa dikawal oleh polis sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
 
 
Rata-ratanya yang hadir adalah dari Kelantan. Memakai baju warna merah dengan isyarat jari ‘R’ bagi menyatakan maksud demonstrasi itu. Penulis tidak terkejut mereka menjadikan anak-anak mereka yang masih bersekolah sebagai alat untuk membenci kerajaan. Kerana mereka sudah dididik untuk bersama-sama orang tua berdemonstrasi. Contoh inilah yang menyebabkan pelajaran mereka terabai. Pendidikan entah kemana kerana perkara sia-sia.
 
 
 
 
Gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut boleh dilayari di Suara Generasi Baru
 
 
 
 
 
read more...

ABBY ABADI KEMBALI BERSAMA NORMAN, TERIMA MEMEY SEADANYA

Hubungan Abby Abadi & Memey Suhaiza Semakin Erat, Pergi Bercuti Sama.
 
Dan, ini kisah berkaitan Abby Abadi yang tidak menyentuh soal politik mahupun penghijrahan beliau. Ini kisah hubungan yang semakin baik dengan Memey Suhaiza.
 
Berita hubungan mereka mula erat & kukuh timbul sekitar bulan Ramadhan yang lalu apabila mereka dilihat berbuka puasa bersama dan mengeluarkan kenyataan baik-baik belaka.
 
Portal hiburan Murai melaporkan yang kedua dua mereka kini semakin akrab & buktinya mereka telah pergi bercuti bersama ke Genting Highlands pada hujung minggu lalu.
 
“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik kerana kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak”
 
“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua. Alhamdulillah,” ujar Memey Suhaiza.
 
 
Beberapa keping gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim & anak anak mereka ketika bercuti di Genting Highlands hujung minggu lalu. Enjoice!
 
 
 
 
Hmm... baguslah kalau begitu. Hubungan suami isteri bisa diputuskan. Tetapi hubungan ibu dan anak merupakan satu hubungan yang "istimewa". Tiada yang dapat memisahkan hubungan ini walau apa jua rintangan yang melanda.
 
 
 
 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top