Nuffnang

BANGLO MURAH : Kenyataan Mengejutkan Ambiga Buat Guan Eng?


Macam tidak percaya sahaja apabila kenyataan ini dibuat oleh S. Ambiga ke atas isu banglo murah yang dibeli Guan Eng. Peguam tersebut telah menyarankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya bercuti sementara pihak berkuasa menyiasat pembelian banglo miliknya. Meskipun tiada undang-undang yang boleh memaksanya, S Ambiga ketika ditemui pemberita berkata ada pemimpin melepaskan jawatan untuk sebab yang kurang daripada itu.

Ini merupakan amalan pejuang demokrasi, jelasnya.

“Setiap penjawat awam perlu dipertanggungjawabkan,” tambahnya.

Beliau mengambil maklum bahawa Guan Eng mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas pembelian itu.

Orang awam hanya perlu “tunggu dan lihat”, katanya.

Pembelian banglo dua tingkat di atas tanah seluas 10,000 kaki persegi di Jalan Pinhorn, George Town pada nilai RM2.8 juta didedahkan di Parlimen minggu lalu.

Ahli Parlimen BN, Shabudin Yahaya berkata nilai untuk rumah seumpama itu adalah diantara RM6 juta kepada RM6.5 juta, maka harga rumah itu adalah dibawah nilai pasaran.

Guan Eng bagaimanapun berkata beliau tidak menyedari nilai pasaran rumah itu.

Seruan Ambiga itu menyusuli seruan G-Pem, sebuah NGO yang mendakwa mewakili 13 kumpulan Melayu. Ketuanya, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata Guan Eng boleh menyambung semula khidmatnya selepas namanya dibersihkan SPRM.

Hmm... Macam pelik je dengan tindakan Ambiga ni. Ke pulus kena catu dari DAPig?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top