Nuffnang

BERSIH : Anak MB Selangor Dipanggil Polis


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan kepada pihak polis berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Beliau berkata anak bongsunya berusia 15 tahun itu akan menghadapi peperiksaan mulai esok sehingga Jumaat.


"Peguam saya memberitahu polis bahawa anak saya akan menduduki peperiksaan akhir itu. Saya akan pastikan anak saya selesai menjalani peperiksaan itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Deepavali, di Klang semalam.

Bagaimanapun, katanya beliau sedang menunggu nasihat peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Mohamed Azmin menerusi laman sosial Twitternya hari ini memuat naik status menyatakan anak lelakinya itu dipanggil polis bagi direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 10 pagi esok, kerana terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.

-Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top