Nuffnang

PAS SERANG PAS!!! Muslimat Johor Desak Wakil Rakyat PAS Lepas Jawatan!!!


Dewan Muslimat PAS Johor mendesak tiga Ahli Jawatankuasa Tertingginya meletakkan jawatan selepas mendapati kesemua mereka menyatakan dengan jelas untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB).

Pengerusi Sekretariat Srikandi Istiqamah Johor, Normala Sudirman berkata, kesemua mereka perlu meletakkan jawatan serta merta tanpa perlu menunggu GHB didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Tindakan trio utama AJK Dewan Muslimat Negeri Johor yang selama ini terlibat dalam usaha mempromosi, memberi penerangan berkaitan Harapan Baru terutama melalui paparan kain banting ucapan, grafik dan gambar melalui media sosial seperti Facebook dilihat sebagai suatu tindakan yang mencemarkan maruah,integriti dan menyalahi etika pimpinan jamaah Islam PAS khususnya di Negeri Johor sekaligus melakukan tindakan merugikan parti.

Ia telah jelas dilarang sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan PAS.

"Justeru, kami mendesak agar tiga orang AJK Tertinggi Dewan Muslimat Pas Negeri Johor meletak jawatan serta merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga mereka adalah Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor, Norhayati Bachok, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas, Norhayati Bidin dan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor, Anis Afida.

Katanya lagi, ketiga-tiga AJK tersebut pun sudah maklum berhubung tindakan mereka yang melanggari Perlembagaan parti.

"Ahli Pas sudah jelas tentang keraguan halatuju GHB yang kini dinamakan 'Harapan Baru' sebagai satu usaha menggerakkan sebuah wadah politik baharu dan sedang, menanti kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Surat arahan kepada ahli parti telahpun dikeluarkan pada 31 Julai 2015 berkaitan larangan penglibatan ahli kepada usaha yang dijalankan bagi menggerakkan aktiviti Harapan Baru," katanya.

Normala atau dikenali sebagai Cikgu Mala juga menegaskan aktiviti ketiga-tiga AJK tersebut yang dilihat agak kontra dengan dasar PAS sejak 16 Jun 2015 hinggalah hari ini telah menjejaskan tumpuan dan tanggungjawab terhadap usaha untuk menjaga keutuhan,imej dan maruah parti.

"Mereka gagal bekerjasama dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor apabila dijemput untuk bermesyuarat dan mengadakan pertemuan bagi merungkai masalah atau mejawab segala kekeliruan atas segala tindakan yang mereka lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Normala turut mengingatkan kepada Muslimat PAS Johor yang turut mempunyai hasrat untuk menyertai GHB supaya meletakkan jawatan mereka segera bagi memudahkan pergerakan parti.

"Kami juga mendesak agar AJK Dewan Muslimat Pas Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Kawasan (DMPK) di semua peringkat yang menyokong dan terlibat dalam aktiviti GHB, meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta tanpa menunggu GHB diluluskan oleh ROS sebagai sebuah parti politik.

"Kami mendesak agar meletakkan jawatan serta berundur secara terhormat berkuat kuasa hari ini secara serta merta secara berprosedur . Walau bagaimana pun, hubungan silaturrahim sesama saudara SeIslam dan ukhuwwah yang pernah terjalin tetap dihargai dan kekal hingga ke akhir hayat.

GHB yang dicanang-canangkan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat dijangkakan akan ditubuhkan pada 14 September depan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top