Nuffnang

Nukilan Buat TS Muhyiddin : Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan dan Sahabat


Assalamualakum Tan Sri Muhyiddin,

Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.

Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi.

Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.

Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah.

Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.

Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.

Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.

Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO? Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO?

Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.

Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Nasional.

Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat.

Ikhlas

Amin Yatim


Tambahan :

1. Semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM. Apa agensi dalam tangan beliau yang tidak melaporkan kepada beliau? Malah Biro Tatanegara JPM agensi saraf beliau gunakan lumat sepenuhnya. Tidak cukup itu NGO dan yayasan beliau beri arahan. Beliau seorang TPM yang boleh mengawal segalanya nampaknya.

2. Saya cuma bertanya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku TPM. Apakah agensi seperti Ketua Audit Negara, badan PAC dan lain-lain yang ada tidak melaporkan kepada beliau? Dan tidak dapat mengawal mana-mana agensi melaporkan kepadanya sebagai TPM? Atau mungkin Networking pegawai beliau tidak menghubungkan beliau dengan ketua agensi berkaitan untuk melapor?


3. Bolehkah TPM menemui kebenaran dengan membaca The Edge yang mereka sendiri pun mengakui mengutip info yang tak sahih?

Saya tidak berkuasa. Rakyat biasa. Jadi sekadar bertanya sahaja.

Note: KPM apa khabar?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top