Nuffnang

PATIN BABI : Kolam Ternakan Di Selangor Turut Dikesan!!!



Rupa-rupanya bukan pengusaha sebuah kolam ternakan ikan air tawar di Ipoh, Perak sahaja yang menjamu ikan patin yang diternaknya dengan babi, malah beberapa pengusaha kolam ternakan ikan patin di Selangor juga turut berbuat demikian

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa penternak ikan patin di negeri itu yang didapati menggunakan babi sebagai makanan kepada ikan yang diternak dan tindakan undang-undang akan diambil oleh pihaknya terhadap penternak terbabit.



“Pemeriksaan telah dibuat di kolam-kolam ternakan seluruh Selangor susulan penemuan bahan khinzir di sebuah kolam ikan air tawar di Perak yang dimuat naik dalam laman Facebook beberapa hari lepas.

“Melalui pemeriksaan itu, kami dapati terdapat beberapa pengusaha kolam yang tidak berdaftar dengan jabatan, disyaki memberi makan unsur babi kepada ikan yang diternak,” kata Mohd Sufian dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ekoran dari itu, kata Mohd Sufian, pihaknya akan menyita kolam ternakan ikan berkenaan sekiranya siasatan lanjut mendapati ikan ternakan mengandungi unsur babi bagi mengelak hasil ternakan berkenaan dipasarkan kepada umum.

Katanya, Jabatan Perikanan Selangor juga telah mengingatkan semua pemborong supaya mendapatkan sumber ikan dari pengusaha ternakan yang berdaftar dengan jabatan itu yang menggunakan bahan halal sebagai sumber makanan ikan ternakan mereka.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haram hukumnya bagi umat Islam memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa dikuarantin selama tiga hari.

Harussani menerangkan, ikan seperti itu hanya boleh dimakan jika tempoh kuarantin berkenaan dilakukan termasuk diberi makan makanan lain sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun jika ada umat Islam yang memakan ikan terbabit tanpa mengetahui iia diberi makan bangkai babi, ia tidak menjadi kesalahan.

“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi, tetapi menjadi makanan najis.

“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.

“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana ikan itu menjadi makanan najis,” kata Harussani sepertii yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Beliau diminta mengulas siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering di Jalan Ipoh-Batu Gajah, di Lahat itu, yang mengesahkan menjumpai tulang haiwan dipercayai babi.

Menurut Ketua Cawangan Pembangunan Akuakulturnya, Noraisah Hashim, siasatan itu dibuat ekoran dakwaan bangkai dan usus babi diberi sebagai makanan ikan patin yang diternak secara komersial di kolam ternakan itu tersebar secara meluas di media sosial sejak kelmarin.

“Pihak jabatan yang diketuai oleh seorang pegawai bersama empat anggota lain telah pergi ke kawasan tersebut untuk melakukan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mengesahkan terdapat serpihan tulang seperti yang diperkatakan dalam media sosial itu.

“Siasatan terhadap sampel tulang akan dijalankan bagi mengesahkan identiti haiwan itu,” katanya.

Aktiviti menjijikkan itu terbongkar ekoran benteng tebing kolam berkenaan dikatakan pecah menyebabkan airnya melimpah keluar hingga menampakkan dasar kolam, lalu mendedahkan timbunan tulang tengkorak dan rangka haiwan yang dipercayai babi.

Turut disebarkan gambar tulang-temulang haiwan yang berserakan di dasar kolam ternakan patin yang hampir kering kontang itu dengan saki baki ikan patin juga masih kelihatan dalam lopak yang masih menakung sedikit air di tengah-tengah kolam.

Sehubungan itu, Harussani menasihati umat Islam supaya sentiasa lebih berhati-hati dalam menjaga makanan yang dimakan agar sejajar dengan kehendak agama. - bnbbc.my


Share this article

1 Komen:

  1. cina lakhanat parasit sial klu nk makan babi tuh mkan la ngan bangsa ko...sial py cina...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top