Nuffnang

PELUANG KEDUA!!! Rayuan Cadbury Kepada Rakyat Malaysia!!



Akibat krisis keyakinan pengguna khususnya bergama Islam terhadap produk Cadbury yang dikaitkan dengan DNA babi, syarikat pengeluar coklat tersebut dilihat mengambil pendekatan menyampaikan mesej harapan kepada rakyat Malaysia.

Dalam beberapa akhbar tempatan, syarikat itu menampilkan iklan satu muka dengan mesej harapan agar rakyat negara ini terus memberi kepercayaan kepada status halal produk mereka.

“Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami.

“Coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

“Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan anda," mesej dalam tulisan itu dipetik.

Isu DNA babi timbul selepas kebocoran laporan analisa awal dari makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa dua produk Cadbury iaitu Dairy Milk Hazelnut dan Dairy Milk Roast Almond tercemar dengan DNA babi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan laporan tersebut.

Kemudian dari itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. 

Pengumuman dibuat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima keputusan ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel terbabit yang diambil terus dari kilang.

Bagaimanapun sebahagian pengguna masih menyatakan rasa ragu-ragu mereka terhadap pengumuman pengesahan terbaru itu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top