Nuffnang

MOHON MAAF? Pengarah YTL Kata Salah Tafsir? CHER TETAP CHER!!!



Pengarah urusan YTL Corporation Tan Sri Francis Yeoh memohon maaf atas satu kenyataannya berhubung amalan kronisme di Malaysia, yang menerima kecaman pelbagai pihak kerana bersifat hipokrit.

Beliau yang merupakan anak sulung kepada jutawan Tan Sri Yeoh Ting Lay itu menyatakan permohonan maaf itu melalui satu surat kepada pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

"Saya amat sedih kerana kata-kata saya telah disalah tafsir. Bagaimanapun, dengan rendah hati saya memohon maaf jika kenyataan yang disalahtafsir itu memberi kesan.

"Saya sangat menyesal," katanya dalam surat tersebut.

“I very much regret it," kata Yeoh yang turut menyatakan penghargaam kepada kerajaan Malaysia yang memberi peluang kepadanya untuk menjalankan perniagaan.

Isu tersebut timbul susulan satu ucapan Yeoh seperti dilaporkan oleh The Malay Mail Online, yang menyebut "kini tiba masanya untuk menamatkan kapitalisme kroni di Malaysia, selepas 20 tahun".

Yeoh dalam ucapan tersebut juga menafikan bahawa beliau merupakan seorang kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, walau YTL berjaya memperluaskan perniagaan bidang tenaganya semasa pentadbiran bekas perdana menteri itu.

Kenyataan itu menerima kecaman pelbagai pihak dan NGO, yang ditonjolkan dalam laporan Utusan Malaysia semalam.

Ia antara mengumpul kritikan dari anggota Umno, pemimpin NGO Melayu, ahli perniagaan, broker pelaburan dan kesatuan pegawai Tenaga Nasional Bhd yang menyelar Yeoh dan juga syarikat diasaskan bapanya.

YTL disenaraikan pada tahun 1988 dan kemudiannya berkembang ke dalam bidang pembinaan, perkhidmatan hotel, keretapi kelajuan tinggi, tenaga dan telekomunikasi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top