Nuffnang

DULU ANWAR DI JEPUN, Kini Giliran Tony Pua DIHALAU Di Australia!!!




Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional yang didakwa menjadi penyebab mengapa beliau dihalau dan dilarang daripada berucap di program Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014 yang akan berlangsung di Australia nanti.

Beliau mendakwa kerajaan Malaysia serta penaja-penaja program tersebut sengaja menghalang beliau daripada berucap kerana takut pelajar-pelajar Malaysia disana tahu akan kezaliman kerajaan Malaysia kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tuduhan.

"Mereka begitu takut dengan kehadiran pemimpin pembangkang untuk hanya satu jam dalam program yang berlangsung sepanjang empat hari," katanya dalam perkongsian di laman sosial facebook rasmi beliau.

Tony juga turut menyifatkan bahawa pihak penaja-penaja dan kerajaan Malaysia sengaja mahu menutup minda pelajar-pelajar diluar negara dari mengetahui perbuatan-perbuatan jahat kerajaan di Malaysia yang dikatakan penyebab perpecahan kaum serta menggugat kestabilan politik.

"Jelas sekali penaja-penaja dari pihak kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu menutup minda pelajar-pelajar kita daripada mengetahui perbuatan terkutuk mereka".

Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia sentiasa mengawal pelajar-pelajar Malaysia di Australia daripada bertemu dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang membuat lawatan kesana. Ini menunjukkan betapa rakus dan zalimnya kerajaan Malaysia sehinggakan mengongkong pelajar-pelajar Malaysia disana.

Tony berkata beliau akan tetap berada di Melbourne dalam tempoh program tersebut dan akan mengadakan forum awam di sana pada 23 April nanti. - UtaraNews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top