Nuffnang

SIASATAN SELESAI : SUSULAN KES GURU MUALAF DIARAH BUKA TUDUNG!!




Susulan Kes Guru Mualaf Diarah Buka Tudung Di Kota Tinggi. Siasatan berhubung kes seorang guru mualaf di sebuah sekolah yang diarahkan membuka tudung, di Kota Tinggi selesai. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut.

“Kita tidak rekod percakapan selain ambil keterangan daripada empat individu yang dikaitkan dalam perkara ini. “Kes ini dilaporkan pada 8 Januari lalu, di mana pengadu (guru) telah membuat laporan polis dan susulan itu, guru besar dan individu yang dikatakan mengarahkan tindakan terbabit serta seorang penduduk telah diambil keterangan. Ikuti kisah lanjut Siasatan guru mualaf diarah buka tudung selesai.

“Siasatan kes ini telah selesai dan kita telah hantar ke Peguam Negara bagi tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Sementara itu, tindakan mengarahkan guru wanita berusia 25 tahun itu membuka aurat disifatkan menghina agama Islam. Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut mempersoalkan adakah kualiti pengajaran seseorang guru itu akan terjejas apabila tenaga pengajar ini menutup aurat dengan mengikut syariat Islam sehingga memaksanya membuka tudung.






“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tindakan individu tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang dan perlembagaan negara, tetapi ia juga jelas menghina agama Islam dan penganutnya. “Saya amat kecewa dengan perkara yang berlaku dan saya mendesak pihak berwajib antaranya Jabatan Pelajaran negeri untuk mengambil tindakan segera terhadap pihak bertanggungjawab dan jangan bersikap lepas tangan dalam isu ini,” katanya. Lihat juga Pesanan Muhyiddin Buat Semua Guru.

Rabu lalu, seorang guru mualaf diarah membuka tudungnya oleh ahli jemaah pengurus sekolah selain diancam keselamatannya sekiranya guru tersebut enggan berbuat demikian. Susulan kejadian itu, penduduk di kampung berkenaan, menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi membantah tindakan tersebut kelmarin. Susulan Kes Guru Mualaf Diarah Buka Tudung Di Kota Tinggi.

Diharapkan tindakan tegas dapat diambil sebagai pengajaran kepada mereka yang berani mencabar perlembagaan negara dan kedaulatan Islam.
Share this article

1 Komen:

  1. MACAM BIASA LAH. MUDAH JE MENCACI ISLAM. LEPAS 5 MIN, MINTA MAAF. KES SELESAI. KALAU BETUL KES SEPERTI DI SIAR KAN LAHANAT TU DAH HALAL. AKU SOKONG TAN SRI HARUSSANI.. TAPI X BAIK TERBURU BURU. APA SEBENAR NYA YANG DI UCAP GURU BESAR CINABENG X SUNAT TU.. TOLONG SIAR KAN SEPENUH NYA.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top