Nuffnang

OPS CANTAS KHAS : Anggota PDRM Dilibas Parang!!!


KLANG - Seorang inspektor polis cedera di lengan selepas terkena libasan parang ketika membuat serbuan Ops Cantas Khas Narkotik di sebuah rumah di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, malam kelmarin.



Pegawai polis cedera di siku kanan selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki dalam Ops Cantas Khas Narkotik di Klang, semalam. - Foto: Ihsan facebook Polis 


Menurut sumber, pada awal ketika mangsa dan sepasukan anggotanya tiba di depan rumah terbabit kira-kira jam 11.50 malam seorang lelaki keluar, dalam keadaan mencurigakan.

Mangsa berusia 28 tahun terus keluar dari kenderaan untuk membuat pemeriksaan, sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

"Lelaki itu melibas objek dipercayai senjata tajam ke arah mangsa menyebabkan siku kanan mangsa cedera.

"Lelaki berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dan belum dapat dikesan," katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa cedera ringan dan menerima tujuh jahitan di siku kanan.

Sumber itu berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu rumah tersebut dan menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

"Satu paket dadah dipercayai heroin, ditemui dalam bilik rumah itu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Share this article

1 Komen:

  1. Kita berdoa kpd. ALLAH SWTm pegawai polis kita yg. MALANG ini, akan sembuh segera! Tapi jgn. harap akan dapat simpati dr. loyar-loyar LONGKANG DAPBANGKAI/PKR - yg. lebih GILA membela PENJENAYAH-mcm-BINATANG-BUAS!

    Itulah sebab polis mesti pakai pakaian kebal mcm. SWAT-Team bila menyiasat kegiatan jenayah termasuk berkaitan dadah! Pedulikan GERTAKAN loyar-loyar LONGKANG DAPBANGKAI/PKR! Kalau kat Barat pun, yg. asyik TERLALAK psl. "demokrasi-hak asasi" LIBERAL Barat-Zionis, penjenayah yg. melawan walau tiada senjata pun, akan terus ditembak mati mcm. katak!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top