Nuffnang

CULIK : Kumpulan Abu Sayyaf Dalang Di Sebalik Tragedi!!





KUALA LUMPUR: Kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf dipercayai terlibat dalam kes culik dan bunuh, dua pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu berkata, pengganas terbabit dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini, belum ada tuntutan tebusan dibuat, dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa di Filipina.

"Kita percaya kumpulan pengganas ini mengambil kesempatan memasuki perairan Sabah kerana pasukan bersenjata Filipina telah dikerah ke utara untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam taufan Haiyan. Jadi ia memudahkan pengganas untuk melakukan jenayah," kata Khalid.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) Program Gaya Hidup Sihat, di sini, hari ini, Khalid berkata beliau telah berunding dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kawalan di perairan Sabah berikutan perkembangan itu.

Dalam kejadian semalam, seorang pelancong lelaki warga Taiwan ditembak mati manakala isteri mangsa yang juga warga Taiwan telah dilarikan kumpulan terbabit.

Khalid berkata, polis akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan berkenaan bagi mengelak berulangnya kejadian seumpama itu.

Beliau juga berkata, satu operasi besar-besaran akan dijalankan di sekitar pulau-pulau yang bersempadan dengan negara jiran itu bagi mengesan dalang di sebalik kejadian jenayah itu.

"Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak memberi sebarang maklumat atau bantuan kepada musuh negara," tegasnya.

Katanya, polis akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa di perairan Sabah supaya menguatkuasa pengharaman penggunaan bot pam kerana pengganas dan penjenayah menggunakan bot berkenaan untuk aktiviti jenayah.

"Kita tahu dengan pengharaman bot ini, penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian. Tiada tolak ansur dalam isu keselamatan. Kita minta pihak berkuasa ambil tindakan drastik terhadap perkara ini," katanya.

Khalid berkata aktiviti pelancongan tidak akan terjejas berikutan kejadian itu kerana pasukan keselamatan sentiasa mengetatkan kawalan di sekitar pusat peranginan dan pelancongan di seluruh Sabah termasuk di Semporna, Sandakan dan Tawau.
Share this article

5 Komen:

  1. klu perompak guna kereta, mau haramkan kereta? klu pembunuh guna pisau, mau haramkan pisau? tidak masuk akal punya solution. kerna minoriti pengganas, habis binasa semua rakyat majmuk tidak boleh guna bot pam utk cari makan dan kos enjin yg rendah. belila bot tentera yg lebih laju dari bot pam, suruh scorpene import and repair. klu mau murah, ATM buatla custom bot pam tidak boleh fikir ka? mana engineer kita? Abu Sayyaf tiada tauliah pun pandai buat bot pam. ini scorpene beli harga juta-juta bot pam pun tidak bole kejar bagus gulung tikar la.

    BalasPadam
  2. klu perompak guna kereta, mau haramkan kereta? klu pembunuh guna pisau, mau haramkan pisau? tidak masuk akal punya solution. kerna minoriti pengganas, habis binasa semua rakyat majmuk tidak boleh guna bot pam utk cari makan dan kos enjin yg rendah. belila bot tentera yg lebih laju dari bot pam, suruh scorpene import and repair. klu mau murah, ATM buatla custom bot pam tidak boleh fikir ka? mana engineer kita? Abu Sayyaf tiada tauliah pun pandai buat bot pam. ini scorpene beli harga juta-juta bot pam pun tidak bole kejar bagus gulung tikar la.

    BalasPadam
  3. Kata perketatkan lagi kawalan supaya tidak berulang lagi. Kes seperti ini pernah berlaku sebelum ini dan semua janji kosong saja. Polis marin dimansuhkan dan digantikan dengan maritim. It doesn't help at all. SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN? Duh! Aman la sangat. Even politicians try to 'kill' each other, money in the bank comes first, winning comes first,power comes first ~ people and safety comes last. Come on lah! Enough with promises, start implementing.

    BalasPadam
  4. kalau lah penganas sulu,iaitu tentera kiram masuk kesabah pada masa sekarang ,maka inilah masanya mereka masuk seludup ke SABAH,kerana tentera filipina,sibuk dengan operasi mangsa ribut haiyan,,malaysia tak boleh sangat mengharapkan tentera jiran,supaya sabah tak di bolosi,,,maka pihak keselamatan haruslah tak leka,menjaga kedualatan negara kita,jangan macam di darat,kedaulatan kita dah lama dinodai oleh kelekaan polis ,imergsn,dah berjuta pati senang lenang duduk di malaysia,,dan mereka tak nak lagi pulang ke negara asal mereka.saya mengharapkan apa yang dikatakan oleh KPN haruslah dikuatkuasakan,jangan pandai berjanji sahaja.

    BalasPadam
  5. apabila sesuatu berlaku ,berkenaan keselamatan negara maka ,kita baru kecoh,,,,macam itu juga pasal mykad palsu,macam lah kalau kita terhidu bau najis di pakaian kita barulah kita cuci benda najis tersebut,tetapi kalau najis tersebut kering tak berbau maka kita tak sedar bahawa ada najis melekat kat pakaian kita.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top