Nuffnang

Bila Hukum Di Mulut : Janji Aishah Semanis Janji Abby Abady!!!




YAN - Penyanyi Aishah mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam apabila pemimpin parti berkenaan tidak menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dalam urusan pentadbiran negara.

Dakwa bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan itu lagi, penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

"Atas dasar-dasar kemanusiaan pun kau sudah buat salah. Bila kau (kerajaan) menyeleweng duit rakyat, tidak menjalankan amanah, apa-apa agama pun tidak boleh terima.

"Apa sudah jadi kepada Malaysia? Kata (mengaku) orang Islam tapi perlakuan mereka (pemimpin kerajaan) tidak membayangkan keislaman itu," katanya pada forum di Markas Pemuda PAS di Dulang Kecil di sini pada Khamis malam.

Forum penerangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau itu turut membariskan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai ahli panel.

Aishah hadir di DUN Sungai Limau buat kali kedua sepanjang tempoh berkempen bagi membantu calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol.

Selain itu menerusi forum itu lagi Aishah sempat menyindir penyokong BN berhubung kenyataannya mengenai Islam.

"Nanti kalau saya cerita (lebih) orang kata saya dah jadi ustazah mee segera. (dalam masa) Dua minit sudah boleh cerita pasal agama," katanya sambil disambut gelak tawa penyokong pembangkang.

Sementara itu mengulas mengenai slogan 'jom kalih' yang digunakan penceramah BN agar masyarakat DUN Sungai Limau berubah daripada kempimpinan PAS, Aishah bagaimanapun menyeru supaya pengundi kekal memilih PAS berdasarkan rekod parti itu yang menegakkan Islam.

Katanya pengundi diingatkan supaya tidak termakan dengan janji kosong kerajaan BN yang menurutnya dibuat semata-mata mahu meraih undi.

"Kita nak kalih (tukar) buat apa? Kita mesti merapatkan saf dan berikan majoriti yang lebih tinggi kepada PAS kerana parti ini sudah tunjukkan teladan.

"Sebaliknya kerajaan hanya tunjukkan 'janji manismu'...saya nyanyi lagu ni sudah lebih 20 tahun, inilah sikap mereka," katanya.


Share this article

1 Komen:

  1. KENYATAAN YANG KOSONG DARI SEORANG MANUSIA YANG KOSONG JIWA NYA, DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top