Nuffnang

VIDEO : Imej Bersih Izara Aishah Tercemar Dengan "Cell Block Tango Girl!!!"





Insiden penyebaran video persembahan projek semester akhir ketika menuntut di Kolej Universiti Sunway berjudul ‘Cell Block Tango Girls’ setahun lalu, sangat melukakan hati aktres jelita ini.



Imej bersih dipertahan akhirnya tercemar dengan hanya satu pendedahan yang mengundang kecaman pelbagai pihak. Lebih menyakitkan apabila ada yang bertindak kejam menjatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasannya terlebih dulu. 

Berikutan kontroversi itu, Izara Aishah seolah-olah mengelak publisiti. Kalau bukan kerana mempromosi filem serta drama terbaru atau memperkenalkan diri sebagai duta produk, wajahnya tidak mudah dilihat di akhbar mahupun majalah. 





Adakah benar bintang utama siri popular Vanilla Coklat ini berjauh hati dengan apa yang berlaku? Tatkala pertanyaan itu diajukan, Izara tersenyum. Ujarnya, bukan rajuk tetapi lebih kepada berhati-hati kerana enggan pisang berbuah dua kali.




Setiap yang berlaku ada rahmatnya, dan dia bersyukur kerana insiden dan sikap tidak bertimbang rasa pihak yang menyebarkan fitnah mengenai gambar serta video itu menjadikannya lebih matang dan tabah.

Share this article

1 Komen:

  1. Fitnah ke tu? bukan kah muka dia yang kat dlm gambar tu?... fitnah ialah benda yg dia tak buat, bukan benda yg dia buat?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top