Nuffnang

TERKINI : Pengawal Bersenjata Rompak Kedai Emas!!






PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan, menurut sumber mStar.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

Share this article

5 Komen:

  1. Ini apa yang Azeez kata bila Astro Awani interview ;

    "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.

    Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi,

    "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."


    Punya nak menegakkan benang yang basah Azeez bagi macam-macam alasan . Tak sakit hati ke ? Dia siap kata kalau susu tamat tempoh buang saja , soal nya pasal buang atau tidak , ni buat apa lu nak aniaya orang-orang kampung dengan tak periksa lebih dahulu tarikh luput ? Nak glamour pun berpada-pada lah ... nak tunjuk lu warak , bantu orang-orang miskin , dan macam-macam propa la, lu ingat orang tak tau ka dengna lakonan. Sudah-sudah lah Azeez , ramai yang sebenarnya makin meluat bila lu dapat jadi Pengerusi Tabung Haji tu ... lu jilat PM kuat, bukan orang tak tau..

    http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/10/azeez-rahim-walaupun-telah-luput-tarikh.html

    BalasPadam
  2. eh biar betul..serupa kes tembak di ambank hari tu. mengaku rakyat sabah tapi menggunakan kad pengenalan palsu. tak pasal2 nama sabah yang busuk. huh

    BalasPadam
  3. kalau mcm ni, rosak lah nama negeri Sabah

    BalasPadam
  4. memang dia org tawau..... tapi asal dr negara lain.. dpt ic projek

    BalasPadam
  5. Dah kata guna ic palsu but cakap orang asal sabah... ingat orang sabah takde ic original ka lahabau betolllll

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top