Nuffnang

KANTOI!!!! : PAS "AUTA" Pengundi Sg. Limau.




PAS parti Memperjuangkan Islam? TERSENYUM SINIS penulis dengan pendedahan ini. Semalam penulis ada menulis di sini berkenaan saranan AJK Pusat PAS mengenai budaya FITNAH yang meresapi di kalangan penulis dan pengamal media PR khususnya PAS. (KLIK SINI).

Dan hari ini kita dikejutkan pula dengan PEMBONGKARAN FITNAH oleh wartawan Sinar Harian ke atas bahan kempen PAS di Sungai Limau.

PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.



Mohd Idros menunjukkan risalah yang disebarkan pada kempen PRK Dun Sungai Limau


FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.






AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.


Kepada penyokong-penyokong PAS semua, SEDARLAH bahawa pemimpin-pemimpin anda telah tersimpang jauh dari perjuangan asal parti.

Cuba tengok dan fikirkan pula gambar di bawah ini. Tiada sebarang tindakan mahupun kenyataan dari mana-mana pemimpin PAS apabila Arwah DS Ustaz Azizan dicaci dan dihina oleh "MAMAT KELIWON" ini.




"ULAMA DIKETEPIKAN, POLITIK DIUTAMAKAN"

Fikir-fikirkan....


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top