Nuffnang

ADA BRAN?? KPN AJAK MP PR Sertai Ops Cantas!!! @PDRM




Wow!!! Nak jadi hero kepada penjenayah sangat kan? Apa lagi, jalan telah dibuka oleh KPN untuk beliau praktikkan SOP bagai dalam menangani penjenayah. Tapi tak tahu la kalau penjenayah itu semua di bawah "jagaan" beliau. Maklumlah, sebangsa!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.

Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.

Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.

Ketika dihubungi, Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.

Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawaan tersebut.

"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.

"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.

Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu." 

Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat.

Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Huh!! Wayang je lebih ni. Piirah....
Share this article

4 Komen:

  1. Tak payah sibuk ngan kerja polis...kerja kat Padang Serai belambak lagi nak kena buat....

    BalasPadam
  2. Nak jdik ahli parlimen P,Serai senang sahaja...mesti berani keluar dewan parlimen....

    BalasPadam
  3. Dah siap amik armour pun... tapala, kita tunggu dan lihat.
    Nothing to lose and nothing to gain jika kita kehilangan dia...

    BalasPadam
  4. Bagi dia rasa macam mana berhadapan dgn penjenayah...gertak koling ajo tuuuu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top