Nuffnang

TERKINI!! #SANGSAKA : Adam Adli Dan Hishamudin Rais Ditahan!!


Tiada lagi berita yang paling mengembirakan ketika ini dengan penahanan 2 individu ini selepas negara "dihangatkan" dengan pengumuman kenaikan harga minyak.




Ketua Polis Negara,  Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan aktivis Hishamudin Rais dan Adam Adli ditahan sebentar tadi untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang Merdeka.




Sementara itu, Adam Adli melalui laman mikro Twitternya menulis, "Saya dan Hishamuddin Rais baru ditahan polis. Akan dibawa ke IPD Dang Wangi."

Dua hari lalu, dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang tersebar di internet.

Manakala sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.


Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

Share this article

1 Komen:

  1. Nak hukum bawah Seksyen berapa?Ini yg sukar bgi Polis.Banyak persoalan akan dihujah d mahkamah nanti.Dah banayak dia orang ni d tangkap Polis...lepas 2 bicara d mahkamah...denda 1000 ke 2000 rm...lepas n buat semula...hem...kalau lah ada ISA dulu....dah lama mrengkok kat Kemunting.D basuh dgn pencuci lama2 bersih.Kalau buat lgi...kurung lagi.Lama2 jdi bodoh.Baru padan.Tapi apa boleh buat?ISA sdah mati!Negara sikit2 d cabar undang2nya oleh kominis ini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top