Nuffnang

ROGOL : Artis Kena 20 Tahun Penjara!!




KAJANG 6 Sept. - Seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge yang popular sekitar tahun 2000, dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun, Februari tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 38 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi.




Jaminan ke atas tertuduh dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM80,000 berserta syarat tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga rayuan selesai.


Tertuduh yang kini bekerja sebagai guru vokal di beberapa kementerian kerajaan dibawa ke Penjara Kajang pada pukul 4 petang selepas gagal membayar jaminan.


Dalam penghakimannya Nor Hazani berkata, mahkamah mendapati keterangan pengadu mempunyai kredibiliti.


Menurut beliau, selepas kejadian, pengadu memberitahu perkara itu kepada dua guru kaunselingnya yang turut memberikan keterangan di mahkamah.


"Mahkamah mempercayai keterangan kedua-dua guru itu, masing-masing saksi pendakwaan keenam dan ketujuh yang merupakan saksi bebas.


"Selain itu, keterangan doktor juga mengesahkan terdapat koyakan pada alat sulit pengadu," kata beliau.


Menurut beliau, pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah sebaliknya telah mengukuhkan kes pendakwaan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Gombak di sini pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Share this article

2 Komen:

  1. Bila diheret ke mahkamah mulalah pakai jubah, pakai kepiah dan bela janggut kununnya alim dan tobat. Lebih best lagi kalau nak cuci dosa dan jaminan masuk syurga otomatik isi borang masuk PAS lepas tu kutuk kerajaan macam-macam. Guna lawyer putar belit confirm lepas dari hukuman dunia dan diangkat pula jadi hero.

    BalasPadam
  2. hahahah setuju sangat...artis kalau nak berubah masuk PAS..pakai tudung litup akan di angkat oleh puak PAS sebagai 'AUtaSTAZAH' yang Islam hanya dari segi pakaian..

    bila artis pakai tudung terus di label alim, hahaha mula la bagi statement " I nak berhenti berlakon sebab taknak berlakon dgn bukan mahram nanti haram bila tersentuh" hahah sebelum ni kalau dah macam laki bini kat bilik hotel tu x ingat? kalau org kafir yang bagi statement macam tu faham jugak sebab tak tahu ni yang dah memang Islam yang memang dah tahu pulak bagi statement macam tu ..konon dah ALIM...jadi rakan artis yang lain tu berdosa lah ...dan lagi satu...cukuplah pakaian saya ni yang menutup aurat takde lagi yang lebih penting...dulu kau tak menutup aurat tu apa cer? kau kafir ke tak tau hukum agama?...bila dah pakai tudung sibuk hentam rakan artis...sound bagai macam diri tu maksum padahal dah macam macam kejahatan kau buat dulu...

    Ironynya bila dah tutup aurat tu JANGANLAH NAK MEMANDANG HINA PADA YANG JAHIL, JANGANLAH BAGI STATEMENT STATEMENT YANG NAMPAK DIRI HEBAT SEBAB DAH TUTUP LITUP ...KONON ARTIS YANG LAIN TU JAHAT JAHIL TAK ISLAM DAN SEBAGAINYA..

    AMBIL CONTOH DIANA AMIR...NOOR KUMALASARI...SHIELA RUSLY....AIDA RAHIM...DAN BANYAK LAGI...MEREKA BERHIJRAH KERANA SEDAR AKAN KEJAHILAN DIRI...DAN TIDAK MENGELUARKAN STATEMENT STATEMENT CAM BAGUS DARIPADA BAGUS ...

    BILA PAKAI TUDUNG CARI LA ILMU BUKAN CARI SALAH ORANG LAIN...DAN YANG PENTING BILA DAH BERTUDUNG TU DIAM DIAM SUDAH....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top