Nuffnang

RAHSIA : 6 Perkara Yang Disembunyikan Allah Dari Pengetahuan Umatnya


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). 




Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' 

Kemudian Jibrail AS berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun, terbanglah malaikat jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .' 

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

** Wahai rakan-rakan ku yangg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua sahabat kita di luar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikan, pahala seseorang yang diajak kepada kebaikan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. 

In ShaAllah...
Share this article

5 Komen:

  1. Ini cerita karut dari mana ni!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Kita wajib percaya kepada rukun iman. Adakah kita pernah nampak Allah? malaikat dan mengakui kewujudannya???? Akal fikiran kita tak boleh sampai sekiranya kita mengkaji perkara-perkara ghaib seperti anon 8.02. Alam malaikat bukan seperti mana alam kita, manusia. Saya boleh terima cerita ini kerana saya beriman kepada rukun iman. Bukankah Allah itu 'MAHA BERKUASA'??? Jadi tidak mustahil bagi ALLAH membuktikan kekuasaanNYA...Janganlah menjatuhkan hukum pada sesuatu perkara yang dirasakan karut mengikut hukum logik akal seperti mana kaum muda dan wahabi. Anda percaya pada ISRAQ & MIKRAJ?????? Perkara itu lagi tidak logik pada hukum akal iaitu perjalanan Rasullah ke langit hanya satu malam. Tapi saya percaya sepenuh hati......!!!!!!

    BalasPadam
  3. Saya yakin serta percaya apa yg d Firmankn oleh ALLAH s.w.t melalui lidah Rasul nya s.a.w,Saya takut dgn AZAB ALLAH,Sbb kita telah byk mengamalkan akhlak serta sifat org2 MUNAFIQ n KAFIRUN dlm hidup seharian tanpa kita sadar atau sengaja.YA ALLAH ampun lh kami(Muslim)yg sentiasa membuat khilaf dan pendosa ini,AMIN.......YA ALLAH.

    BalasPadam
  4. sahih ke benda ni? dalam al-Qur'an dinyatakan orang yg berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solat. =.=

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top