Nuffnang

HEAVY METAL : Konsert "Lamb of God" Ditolak

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menolak permohonan penganjuran konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual berlangsung pada 28 September.



Menurut kenyataan KKMM hari ini, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), semalam

"Keputusan penolakan ini dibuat secara sebulat suara setelah mendapati persembahan kumpulan ini menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.




Kumpulan dari Amerika Syarikat itu dijadual membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail di ibu negara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini turut membantah kehadiran kumpulan itu di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata bantahan itu berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Bantahan itu juga, katanya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top