Nuffnang

HARI PENJAJAHAN?? Apa Punya Cadangan!!





Dr Jeffrey Kitingan


KOTA KINABALU – Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) Sabah menyelar Presiden Parti Reformasi Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mencadangkan Hari Malaysia dinamakan ‘Hari Penjajahan’.


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Buang Sayang Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan Jeffrey itu bukan sahaja ‘kebudak-budakan’ tetapi jelas tidak menghormati peranan penting dimainkan pemimpin Sabah untuk kemerdekaan Sabah dalam Malaysia.

“Siapa beliau (Jeffrey) untuk membuat cadangan liar itu? Beliau patut baca laporan Suruhanjaya Inkuiri mengenai Borneo Utara dan Sarawak 1962,” katanya kepada Bernama.

Suruhanjaya itu diketuai Lord Cobbold, adalah untuk mengesahkan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai cadangan Persekutuan Malaysia.

Abdul Rahim juga ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah.

Apa Punya cadangan daa.....

Inilah bahana kalau politik melebihi semangat kenegaraan dan patriotisme. Elok juga diberikan pendidikan khas kepada beliau. Orang macam inilah yang akan merosakkan keamanan serta keharmonian yang kita kecapi selama ini dengan menghasut dan merosakkan minda rakyat.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top