Nuffnang

DITAHAN!!! Pak Samad Dibebaskan Selepas Soal Siasat



Sasterawan negara A. Samad Said telah ditahan polis awal pagi ini berikutan kejadian pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Ambang Merdeka Jumaat lepas.



Walau bagaimanapun, sasterawan yang berumur 81 tahun itu dikatakan telah dibebaskan selepas selesai disoal siasat.


Semalam, Pak Samad yang dikatakan diburu polis berkaitan insiden kontroversi itu, memberitahu bahawa beliau hanya akan memberi kerjasama kepada sekiranya dilayan secara bermaruah.

"Tidak. Kalau dilayan sebagai insan, saya akan pertimbang," kata Samad menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Astro Awani ketika ditanya samada beliau akan menyerah diri kepada polis atau tidak.

Pak Samad turut menafikan bahawa beliau bersembunyi dan melarikan diri dari polis, selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta Samad menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.

Khalid mendakwa Pak Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam Isnin.

Khalid berkata jika Samad berani mencabar undang-undang, maka beliau juga perlu berani ke depan untuk berhadapan dengan tindakan polis.

“Ada laporan dalam Malaysiakini mengatakan Ketua Polis Negara sebagai berkata saya lari dari polis dan ini tidak benar kerana saya tidak pernah lari malahan semalam saya berada di jalanan, menaiki LRT dan kemudiannya berada di rumah,” kata Samad.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam Isnin di Kampung Baru dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi Selasa selepas diambil keterangan.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top