Nuffnang

TERMAHAL DUNIA : Ancelotti Yakin Bale Ke Madrid




Carlo Ancelotti Jurulatih Real Madrid Musim Ini Menggantikan Mourinho


MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti buat pertama kali mengakui bahawa kelabnya sedang mengadakan perbincangan untuk menandatangani pemain Tottenham Hotspur, Gareth Bale.

Kenyataannya itu disusuli spekulasi bahawa Real sedang bersedia untuk membuat bidaan tertinggi sekaligus memecahkan rekod pembelian Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta dari Manchester United pada 2011.

“Saya percaya pihak kelab sedang dalam rundingan untuk mencar penyelesaian dan kita akan lihat apa yang akan berlaku,” kata Ancelotti.

Bale, 24, sebelum ini telah memaklumkan kepada Tottenham bahawa beliau mahu berhijrah dan menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

Ancelotti yang mengendali kelab Paris St-Germain musim lalu juga menafikan bekas pemain Tottenham, Luka Modric tidak akan kembali ke White Hart Lane sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian mendapatkan Bale.

“Itu tidak benar. Modric adalah pemain yang sangat penting bagi pasukan kami dan dia akan kekal bersama Real,” katanya.

Bale menyertai Spurs daripada Southampton pada 2007 dengan nilai £10 juta.

Kehadirannya cukup menyerlah dan menarik perhatian hingga dinamakan sebagai Pemain Terbaik oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional dan Penulis Sukan musim lalu.

Walaupun tidak memainkan peranan sebagai pemain penyerang, namun beliau telah meledak 26 gol untuk Spurs musim lalu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top