Nuffnang

SYABAS!! 5 Gengster Kes Tembakan Ditembak Mati Polis



GEORGETOWN: Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di negeri ini maut apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabila sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima.

Kelima-lima suspek dipercayai berusia pada awal 20 an, turut dipercayai terlibat dengan beberapa kes tembakan yang berlaku di negeri itu.

Difahamkan pihak polis telah memantau aktiviti kumpulan tersebut sebelum menyerbu lokasi persembunyian mereka di tingkat 11 pangsapuri berkenaan pada awal pagi Isnin.

Polis kini sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari di negara ini dikaitkan dengan spekulasi berlakunya pergeseran antara kumpulan kongsi gelap.

Pada 8 Ogos lalu, seorang peniaga skrap K. Veerappan, 37, ditembak mati ketika dia memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson.

Seorang pemandu motosikal bersama pemboncengnya melepaskan 14 das tembakan , dengan 10 das mengenai leher, pipi dan abdomen Veerappan.

Terdahulu pada hari yang sama, seorang penembak melepaskan enam das tembakan di rumah banglo milik seorang peniaga di Jalan Utama.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan ia dipercayai hanyalah satu cubaan kumpulan kongsi gelap memberi amaran kepada peniaga tersebut.

Pada 9 Ogos pula, kes kejadian tembakan ketiga berlaku di Jalan Datuk Keramat, menyebabkan seorang pengawal cedera di bahagian peha.

Seorang penembak melepaskan enam das tembakan namun hanya satu yang mengenai mangsa.

Kejadian tersebut dipercayai melibatkan ketua kumpulan geng kongsi gelap Si Lian yang turut dikenali dengan geng 04.
Share this article

3 Komen:

  1. Bravo PDRM. Jgn bagi muka pada penyangak penyangak Negara. Tangkap org yg bangkang dgn tindakan Polis dan siasat mereka. Mungkin mereka ada kaitan dgn penyangak penyangak ini.

    BalasPadam
  2. SABAS: PDRM TERIMA KASIH DUAN KELADI KALAU ADA KES JENAYAH TERUSKAN TEMBAKAN LAGI...................

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top