Nuffnang

PEJABAT PERDANA MENTERI : Kenyataan Akhbar PM Berkaitan Dakwaan Anwar.MESTI BACA!!





KENYATAAN AKHBAR 


1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan. 

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut. 

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal". 

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada. 

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13. 

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya. 

Pejabat Perdana Menteri 

16 Ogos 2013 






BB : Tunggu Kenyataan Akhbar Bang Nuar Plak!!
Share this article

2 Komen:

  1. Marilah kita Rakyat Malaysia bersatu hati..sama-samalah kita hidp dengan aman dan saya rasa tujuan PM tu adalah lebih mementingkan keharmonian rakyat...saya sokong PM...

    BalasPadam
  2. kerajaan perpaduan hanya boleh melibatkan UMNO dan PAS sahaja...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top