Nuffnang

MUSYKIL!! Sejak Bila Hishamuddin Berani Bersuara? Sokong Zahid Isu Timbalan Menteri JPM!!

Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa P. Waythmoorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).



Hishammuddin bercakap kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Ogos, 2013.


Menteri Pertahanan berkata, Waythmoorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang waras.

"Saya setuju dengan Datuk Zahid ... 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata pemangku Menteri Pengangkutan itu tegas.

Ahmad Zahid semalam berkata pemimpin bekas Hindraf yang kini merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu harus melepaskan jawatannya sekira masih berfikiran umpama NGO apabila mempertikaikan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri itu dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya semalam menegaskan, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Waythamoorthy sebelum ini dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dilaporkan pernah menasihati Waythamoorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. - 25 Ogos, 2013.


BB : Kalau majoriti menteri tak sokong pelantikan Waythmoorthy, habis sape yang sokong Najib masa namanya diangkat sebagai calon Timbalan Menteri? 
Share this article

1 Komen:

  1. itu yg bagus.mangkuk 2 kena belah dr kerajaan.dah elok masuk jd menteri,keluarkan isu bodoh pertahankan penjenayah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top