Nuffnang

KRISIS MESIR : 3,300 Pelajar Dibawa Pulang Mulai Malam Ini!!



PUTRAJAYA– Kerajaan akan melalui proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir mulai malam ini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, proses membawa pulang semua pelajar berkenaan akan dilakukan dengan menggunakan pesawat komersial.

“Saya telah bersetuju dengan pandangan tersebut (membawa pulang pelajar) mulai pada malam ini. Kita akan tempah tiket-tiket tertentu dalam penerbangan awam melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki serta beberapa tempat yang lain,” katanya.

Berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Nenagar (MKN), keadaan di Mesir adalah dijangka akan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, maka langkah ini difikirkan wajar demi keselamatan pelajar Malaysia di sana.

“Saya dah dapat laporan daripada MKN yang diketuai oleh Setiusahanya, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Kaherah. Keadaan di sana menjurus kepada keadaan yang tidak menentu dan lebih buruk daripada keadaan sebelum ini,” katanya.

Malah kata Najib, satu perbincangan bersama Universiti Al-Azhar telah dibuat agar mencari kaedah bagi pelajar yang kembali ke tanah air untuk mengambil peperiksaan selanjutnya di sini.

“Dalam apa juga keadaan kita mesti utamakan keselamatan pelajar kita dalam keadaan sedemikian maka lebih tepat lagi bagi kita untuk tidak melengah-lengahkan lagi seandainya keadaan ini ada kemungkinan menjadi lebih serius,” katanya.

Datuk Seri Mohd Najib berkata demikian dalam sidang media di Majlis rumah terbuka Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di sini, hari ini.

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan, lebih 3,300 pelajar Malaysia kini berada di beberapa universiti di Mesir dan ini merupakan kali kedua kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar dari Mesir ekoran krisis yang melanda di negara itu.

Share this article

1 Komen:

  1. semua pelajar dibawa balik ke malaysia kecuali yg menyokong Pas Pis Pus,biar nik ajis jemput atau jadi taliban menentang tentera mesir,takbiiirr

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top