Nuffnang

GEMPAR!! 20 Lelaki Bersenjata Culik Nelayan Di Sabah!!



KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.





Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.



Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.


Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.

Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.

Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.

Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan.

Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.

Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.

“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.

“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya.

Share this article

10 Komen:

  1. macam mana penculik tu boleh masuk kawasan malaysia angota keselamatan kita kan ada menjaga

    BalasPadam
  2. bdasarkan laporan, mrk ini bukan pgganas kiram, tp mgkn kumpulan abu sayaf iaitu satu algi kumpulan bersenjata yg suka culik pelancong utk dapatkn dana wang tebusan.
    apapun, selidiki dgn rapi setiap nelayan itu, mana tau mrk itu mnyamar pula kan...

    BalasPadam
  3. kawalan diperketatkn dipersisir pantai tp mereka ni blh lolos pla,ntah2 org yg sedia ada di sbh.

    BalasPadam
  4. Actually, mereka nie amat mahir dgn selok belok laut. so no wonder pergerakan mereka tidak dapat di kesan oleh anggota keselamatan kita. Jika penjualan rokok seludup masih berluasa, tak mustahil mesti terdapat "lubang tikus" di sempadan negara. just believe dengan kemampuan anggota penguat kuasa kita.

    BalasPadam
  5. berdasarkan laporan mane ko sesuka hati kata mereka Abu Sayyaf?? diorg ni lanun biasa dari kepulauan Sulu....pihak berkuasa sila pantau la..tembak sampai mat je jika ada pendatang asing menceroboh masuk terutama dari filipina sbb mereka ini berbahaya dan ada senjata

    BalasPadam
  6. hahaha jangan persoalkan benda2 yg berkaitan dengan pihak keselamatan ni..nnt diorg mengamuk..tp dari kejadian ni mmg terbukti perairan sabah dikawal dengan 'ketat'.....ketat la sangat.... :D

    BalasPadam
  7. yg penting malaysia aman

    BalasPadam
  8. Tahap keselamatan yg kurang selamat...

    BalasPadam
  9. mcm mna la lw bangsa lain n agama lain y kena tahan 2..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top