Nuffnang

GAMBAR : Salahkah Saya Begini Untuk Mendidik Rakyat - Marsha




Memetik kenyataan Marsha di akhbar hari ini, bekas pelajar AF3 itu tampil membuat penjelasan sebenar berhubung babak kontroversi di trailer youtube.

Sebagai pelakon, beliau menegaskan cuba bersikap profesional dan tidak akan mempertikaikan aksinya itu kerana babak terbabit sebenarnya bukanlah seperti yang disangka ramai.

“Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su.

Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu.”





Sementara itu dalam laporan sama, Wan Hanafi Su turut tampil membuat kenyataan balas terhadap kritikan dan cacian yang dilemparkan peminat kepada mereka berdua.

Bagi pelakon veteran itu, babak sedemikian sebenarnya bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem lucah.

“Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan.

Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol."
Share this article

6 Komen:

  1. tak marah, suka lg ada la, nk berbogel semata mata untuk didik rakyat pun xpe, ramai yang suka

    BalasPadam
  2. Marsha tolong dtg ke rumah saya n didik saya boleh hahahahah

    BalasPadam
  3. x per marsha..zmn skrg ni org x marah punye..klu bt filem yg x ckup kain..confirm letup panggung..klu yg terlebih kain punyer filem..confirm x laku filem klu kt panggung..i x kesah pun..

    BalasPadam
  4. akhirat nanti baru tahu habuannya....

    BalasPadam
  5. UNDANG2 DUNIA MEMANG TAK SALAH...KEJADIAN MANUSIA DIMUKA BUMI INI ALLAH MENENTUKAN SENDIRI UNDANG2 NYA AGAR MANUSIA ITU MENJADI HAMBA KEPADANYA...JIKA ALLAH KATA JADI MAKA JADI LAH IA..MAKA ITULAH UNDANG2 YANG ALLAH TETAPKAN KEATAS KAMU SETELAH ROH DITIUPKAN KEDALAM JASAD KAMU..BERMULALAH TUGAS KAMU HIDUP ADALAH SEMATA2 UNTUK MENGHAMBAKAN DIRI KEPADANYA..SUBHANALLAH SUNGGUH EGO DAN BONGKAK MANUSIA BERTANYAKAN ADAKAH PERBUATAN ITU SALAH...
    YA ALLAH KAU AMPUNKANLAH DOSA UMAT2 MU YA ALLAH.....ALLAHU AKBAR!!!

    BalasPadam
  6. marsha tu kristian kaaaan?

    mengapalah takde lelaki yg mahu ambil dia supaya Marsha boleh didik ...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top