Nuffnang

PIL KUDA : Blogger Ameno World Berpaling Tadah, TIBAI Peguam Dan Pemuda PAS






Dah teruk benar pimpinan PAS zaman sekarang bila mana sesuka hati mereka berbalah, membuat tohmahan dan menabur fitnah di kalangan mereka sendiri sehinggakan blogger PR sendiri pun tidak tahan dengan karenah mereka ini.


Terbaru adalah kes calon PKR DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Mohd Shamsul Mat Amin yang berkata bahawa beliau, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (calon DUN Kota Putera) and Ahmad Nazri Mohd Yusof (calon DUN Seberang Takir) akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi pada April lalu. 

Menurutnya, tuduhan Hadi pada sesi ceramahnya di Terengganu semasa kempen PRU-13 telah menjatuhkan imej serta maruah beliau dan keluarganya. 

"Saya akan failkan kes di mahkamah ke atas Haji Hadi Awang. Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek di kalangan masyarakat kampung saya. 





"Saya telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat perkara ini," katanya. 

Shamsul juga berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu. 


Dalam kenyataan yang mengejutkan, Hadi turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang beliau sifatkan sebagai berkecenderungan komunis. 


Justeru, kata Hadi, PAS tidak ada pilihan kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu yang diagihkan kepada PKR oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum hari penamaan calon. 


“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat tukang edar pil kuda..tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana? 


“Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini..terang-terang saya sebut. Orang PKR pun tak terima, sudah-sudah mahu jadi calon..dengar cerita jual pil kuda..Tak perlu sebut daripada mana,” kata Hadi.


Dan ini adalah ulasan daripada populis blogger PR Ameno World : 

Gaduh la korang sesama sendiri. Pru kan lambat lagi. Boleh juga lepaskan kemarahan sebab kalah PRK baru2 neh. Kita semakin huru hara dengan BN yang semakin dilihat bersatu dan teguh.
 Tahniah kat masing2.

Gaduhhhh la koranggggg

"Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak"

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.

Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".

JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang. Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh. Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.

Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini. Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang. Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden. Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang. Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman. Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan.

Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden. Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak. Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian.

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa. Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut. Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.

Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya. Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini. Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.

JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti. Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. 

Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden. Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah

Kalau tak percaya dengan apa yang ditulis di atas oleh Blogger Ameno World, KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top