Nuffnang

PENDEDAHAN!!! SAYA KENALI ASHRAF SEBELUM MEREKA BERKAHWIN LAGI!!





Isu pelakon Asharaf Muslim yang dikatakan akan berkahwin lagi hangat diperkatakan. Terbaru, seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah tampil memberikan kenyataan selepas dirinya dikaitkan bakal bergelar isteri kedua Ashraf.

Memetik laporan Harian Metro, Sakinah telah mengenali Ashraf sejak beberapa tahun lalu menerusi sebuah program televisyen. Ketika itu Ashraf masih bujang.

“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda.

“Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya,” ujar Sakinah yang sudah melakukan solat Istiqarah untuk mendapatkan petunjuk.

Tambah Sakinah lagi, dia terkejut dan sedih apabila berita ini ketahui umum. Lebih-lebih lagi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan isi kandungan fail permohonan poligami Ashraf di mahkamah syariah.

Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top