Nuffnang

SIASAT SEGERA!! BUKA TUDUNG SYARAT TERIMA JURURAWAT DI PAHANG!!

KUANTAN -- Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata Selasa, perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.



Gambar Hiasan


"Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan.


"Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik," katanya ketika kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas "surat pembaca" dalam sebuah akhbar hari ini yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu.


-- BERNAMA
Share this article

1 Komen:

  1. betul....anak saudara saya pun mengalaminya....kalau nak keje kat sini,u kene pakai skaf sahaja....kata si penemuduga,,,,,tapi anak saudara menolak....byk lg keje lain katanya....


    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top