Nuffnang

LAHAD DATU : PENGGANAS CUBA "DICERIAKAN" DENGAN ROKOK, KFC DAN PIZZA




KOTA KINABALU - Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu, disebabkan tembakan di kepala.

Dr. Amir Saad Abdul Rahim berkata, beliau telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden itu.


Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 7 malam hari sama selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram.

Saksi itu yang telah berkhidmat sebagai doktor sejak 1996 memberitahu demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan pada perbicaraan kes terhadap Koperal Hassan Ali Basari yang didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu.




Terdahulunya, Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Abd. Aziz telah disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Hassan di hadapan Hakim P.Ravinthran.

Peguam itu mempersoalkan suasana 'ceria' melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa pertemuan dan rundingan antara Zulkifli dan kumpulan pengganas terbabit.

Mengimbas semula pertemuan pertama pada 14 Februari lalu, menurut Zulkifli, suasana ketika itu agak tegang dengan pasukannya dikelilingi oleh kumpulan pengganas diketuai oleh Datu Agbimuddin Kiram.

Kumpulan terbabit ujar Zulkifli, antara 60 dan 70 musuh yang lengkap bersenjata tidak termasuk yang sedang bersembunyi dalam kawasan semak.

"Mereka enggan bersalam dan langsung tidak senyum, juga tidak membenarkan gambar mereka diambil. Dalam pertemuan selepas itu iaitu pada 15 dan 16 Februari, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk menceriakan keadaan.

"Saya beri rokok kepada mereka, secara santai ceritakan kisah-kisah lucu, baharulah keadaan bertukar ceria hingga mereka izinkan gambar mereka dirakam. Saya cakap muka mereka semua akan masuk akhbar, malah saya juga berjanji akan bawakan mereka KFC (Kentucky Fried Chicken) dan Pizza,'' katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Bagaimana perasaan cik ketika dikepung tu...mesti takut kena tembak punya...tapi cik ni seorang yang berani...syabas

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top