Nuffnang

ANAK ANGKAT : SITI CADANG AMBIL DARI GAZA

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil dua orang anak angkat dari Gaza.

“Jika diberi kebenaran untuk saya mengambil anak angkat tersebut, saya tidak keberatan untuk menjaganya, tetapi semuanya saya perlu bincang juga dengan suami terlebih dahulu,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis amal dan minum petang ‘Pembangunan Semula Gaza’.



Siti Nurhaliza


Menurut beliau lagi, keinginan untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu juga sedang dalam perbincangan bersama suami.

Hasratnya itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.

Walaupun mendengar pelbagai cerita menakutkan daripada rakan-rakan yang pernah ke negara itu, namun dia tetap nekad mahu menjejakkan kaki ke tanah Gaza selain bertawakal kepada Allah S.W.T agar tidak berlaku perkara tidak diingini.

Ditanya mengenai produk Simply Siti, beliau berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menembusi pasaran luar di Timur tengah pada hujung tahun ini.

“Perancangan rapi telah dibuat dari awal lagi dan Siti berharap agar produk Simply Siti akan menembusi pasaran antarabangsa. Apapun Siti berharap agar semua perancangan berjalan dengan rapi dan tersusun,” katanya lagi.

Oleh: Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top