Nuffnang

AMEK KAU!!! BEKAS ADUN DAP MULA JALANI HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN


Putrajaya - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi tempoh tiga penggal M. Kuppusamy diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun mulai hari ini selepas gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana melakukan pecah amanah.

Tiga anggota panel dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapatinya bersalah menggelapkan RM66,647.44 dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun.





M. Kuppusamy ketika dibawa anggota polis di mahkamah.



Turut bersidang bersama Hakim Abdul Malik ialah Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Abdul Malik memerintahkan Kuppusamy, yang pernah menjadi Adun DAP bagi Rasah dari 1978 hingga 1982, dan Jimah pada 1986, akan memulakan hukuman penjaranya mulai hari ini.

Kuppusamy, 63, yang juga bekas peguam, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada 28 Jan, 2011, kerana menggelapkan wang milik seorang pelanggan.

Dia didakwa menggelapkan wang pelanggannya itu di CIMB Bank, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan di sini antara 29 Oktober hingga 6 Disember 2005.

Menurut fakta kes, Kuppusamy dilantik oleh Zainal Abdul Majid, 64, untuk mewakilinya dalam tuntutan insurans terhadap sebuah firma insurans berikutan kematian anak pelanggannya itu dalam satu kes kemalangan jalan raya.

Zainal dan Kuppusamy kemudian diminta mengambil cek RM66,647.44 dari pejabat firma itu di Shah Alam, tetapi memandangkan Zainal tidak mempunyai akaun bank,

Kuppusamy kemudiannya memasukkan wang itu ke dalam akaun syarikatnya tanpa memberikannya kepada Zainal.

Pada 23 Dis, 2011, Mahkamah Tinggi Seremban menolak rayuan Kuppusamy dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Pada Februari tahun lepas, Mahamah Rayuan membenarkan permohonannya menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Dia juga dibenarkan bebas dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya.

Mahkamah Rayuan juga mengeluarkan waran tangkap ke atasnya pada 25 Jun berikutan kegagalannya hadir di mahkamah untuk rayuannya bagi kali keempat.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas memaklumkan mahkamah bahawa polis menahan Kuppusamy di rumahnya di Seremban pada 1.20 pagi hari ini.

Kuppusamy, yang diwakili G.Ganesan, dibawa ke mahkamah dengan tangannya digari. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top